Pages

Wednesday, December 8, 2010

Malaysia Layak @Mara Ke Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2010

Tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia kerana berjaya menempatkan @mara ke pusingan separuh akhir setelah menang besar 5-1 ke atas Laos.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah (2 gol) dan masing-masing satu gol (Amirul Hadi, Norshahrul dan Mahali Jasuli) manakala gol Laos dijaringkan oleh Namthavixay.

Satu lagi perlawanan Kumpulan A menyaksikan tuan rumah, Indonesia menang 2-1 lawan Thailand. Dua gol hasil jaringan penalti Bambang Pamungkas pada 10 minit terakhir melegakan Malaysia setelah Thailand mendahului dengan 1-0 pada minit ke 68 hasil jaringan Suree Sukha.

Setelah 3 perlawanan kedudukan Kumpulan A (wikipedia) adalah:

Malaysia akan menentang juara Kumpulan B yang akan diketahui esok. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan 2 legs pada 15 Disember 2010 (Bukit Jalil, Kuala Lumpur) dan 18 Disember 2010 (di negara juara Kumpulan B).

Lawan Malaysia nanti sama ada Filipina, Singapura atau Vietnam.

5 comments:

hans said...

bila ku kata Malaysia kalah depa menang
so untuk semi final nih nak kata Malaysia kalah lagi lah
hohoho

tahniah Malaysia

P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

novanexus said...

cam dah lama kita tak nikmati saat-saat cam ni

eelobor said...

tahniah Malaysia...namun laos pun cantik main semalam. pemain malaysia macam belum serasi lagi. macam mana nie?

hazman aka species1980 said...

Lorrr.... ye ke... sama dengan premiere screening filem TRON tue.... adussh....

rasp said...

tahniah buat Malaysia!