Pages

Wednesday, December 22, 2010

Macam Mana Nak Kira Harga Petrol?

Nak share mengenai cara pengiraan harga petrol yang dijual di market. Ni le formulanya:

Harga Petrol = Harga Minyak Mentah Pasaran Dunia + Kos Industri (Syarikat Minyak) + Komisen Stesen Minyak

Dianggarkan bahawa kos industri ialah 20 sen satu liter dan komisen syarikat minyak adalah 12 sen seliter. So jumlah semuanya adalah 32 sen. Perubahan adalah banyak bergantung kepada harga minyak mentah di pasaran dunia.

Mengikut data from bloomberg, harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang lebih kurang USD90 per barrel (tong). So untuk pengetahuan, 1 barrel lebih kurang 159 liters. Dan mengikut pertukaran mata wang asing, USD1=RM3.10 so dalam ringgit, satu liter bersamaan:
  • 1 liter= 90X3.14/159=RM1.78

    Untuk dapat RM1.78, first tukarkan USD90 kepada ringgit dengan mendarab pertukaran mata wang asing of 3.14 dan bahagikan dengan 159 (sebab 1 barrel bersamaan dengan 159 liter)

  • Harga sebenar petrol di stesen minyak adalah:

    Harga = Harga minyak mentah + kos industri + komisen stesen minyak
    = RM1.78 + 20 sen + 12 sen
    = RM2.10

    Kalau minyak mentah naik USD100 per barrel dan kadar pertukaran asing maintain 3.14, harga sebenar adalah RM2.29.
So sekarang ni petrol RON95 adalah RM1.90 dan tak mustahil ianya akan naik lagi jika harga minyak mentah (crude oil) di pasaran dunia naik lagi.

So secara ringkasnya harga petrol di stesen minyak banyak dipengaruhi oleh:
  • Harga minyak mentah di pasaran dunia. Minyak mentah naik harga petrol pun naik

  • Kadar pertukaran asing. Kalau Ringgit lagi kuat i.e. USD1=RM3, harga petrol akan turun

  • Kos industri dan komisen stesen minyak.

    • Kalau dapat kurangkan kos bagi carigali dan pengeluaran minyak so harga petrol akan turun
    • Lagi banyak komisen yang diberikan kepada stesen minyak, lagi le mahal petrol untuk rakyat

  • Pemberian subsidi oleh kerajaan. Lagi banyak subsidi lagi le murah harga petrol
Lastly, untuk dapat harga petrol murah, harga minyak di pasaran dunia kena turun, Ringgit kena kuat compared with USD, kurangkan kos industri dan komisen stesen minyak dan kerajaan beri banyak subsidi kepada rakyat.

Apa komen anda?

26 comments:

velasrizal said...

dollar tgh jatuh skrg ni.. harap2 harga myk di mesia blh murah lagi

Eliss said...

ada sumber ckp, beza dua minyak ron 95 & 97, ada 30 sen..so, tak mustahil, ron 95 akan naik lagi..sebab skang ron 97 kan dah 2.30.

JMR said...

sangat complicated..:-p

eelobor said...

hehehe, kena take note nih cara2 nak kira.

sahromnasrudin said...

thanks..baru tahu paal ini..bagusnya abg mie...

Qib said...

nice entry sangat menarik..
tu lar haga minyak kitew mahal sangattt weeeeeeeh




| Pengenalan Terhadap YAKJUJ MAKJUJ |

Fiza Rahman said...

Owh..macam tu cara kiranya ☺☺. Thank for the info.

azzey said...

Sharinginfoz: info berguna nih...:)

Nur Fannun said...

patutnya rkyt blh dpt subsidi & minyak murah...hasil jualan minyak negara pun berlambak. dollar akn terus jatuh..klu naik pun sikit je.dia akn ulangi sejarah pound sterling.

cikgu_aare said...

info yg bagus ni..

maslinamansor said...

br mas perasan br2 nie myk naik 1.90 (ron95). Naik pun dalam tempoh sekejap jer. Tp ekonomi msia bukan semakin baik ker? InsyaAllah mungkin akan turun harga myk...

Si budak Aboi said...

hai..lame x kemari..

incik yg ensem mcm ne nk buat ruang ads mcm blog incik tue?

Lagenda said...

mcm biasa la...mak kalo bab nombor2 ni, mmg out!

Anonymous said...

fuuuhh! mcm2 aspek diambil kira..

ardinihumaira said...

dni tak gheti kira.. nak try kira jugalah :D

Matjoe said...

tahu kiraan tp nothing much can be done. tq sharing it here

hazman aka species1980 said...

kenaikan harga minyak membuatkan kos semua transport meningkat....

Carl Samsudin said...

nice info. baru aku terfikir macamana datangnya harga minyak! info macam ni lah yang harus disharing!

Anonymous said...

adoiiiiii tu la tun dr sri mahathir yg idea die ttg dinar mas....dinar mas digunakan tok pasaran antarabangsa so xde la perlaburan gune duit malaysia....sbb tu harga xturun2

Abu Mansur said...

br tau ..tanx

Abdul Halim Ismail said...

dah lama dah dok mencari cara-cara kira harga minyak ni. hari ni ketemui jua

kak ina kl said...

ashik lari budget ajer bila ke pasar..mana taknya ikan, udang dan sotong mahal sangat dengan alasan minyak naik harga. sabar ajerlah

hans said...

owh
macam nih kiranya
thanks 4 da info
yups
skrg Ringgit tengah kukuh sikit berbanding U.S Dollar

P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

darkbatman said...

xta nk kate.. minyak semakin naik xsanggup nk kire bro.hehe

Sharinginfoz said...

dear all: i am glad you all like this entry

elasrizal: dolar jatuh tapi harga minyak pasaran dunia lagi naik

si aboi: nanti saya buat tutorial ya mengenai ads

redlinda: macam tu le lebih kurang

Myvitrd said...

aku bab minyak ni memang alert.. sebab aku banyak guna keta untuk kemana2..kalau minyak naik je.. memang aku menjerit.. korang macam mana?