Pages

Tuesday, December 14, 2010

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (Latest EPL BPL Results): Minggu 17

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (Latest EPL BPL Results): Minggu 17 yang mana permainan pada 11-13 Disember 2010 (waktu UK):
  • Arsenal gagal memecahkan rekod tanpa kalah Manchester United setelah kalah 0-1 di Old Trafford. Gol Man Utd dijaringkan oleh Park Ji-Sung pada minit ke-41 dan Rooney gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-74. Kemenangan Man Utd menambahkan rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan berturut-turut di dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, adakah Man Utd boleh menyamai rekod Arsenal pada musim 2003/2004 yang mana menjadi juara liga, tidak pernah sekali pun kalah dalam 38 perlawanan

  • Bolton menang 2-1 ke atas Blackburn Rovers. Gol-gol Bolton diperolehi daripada Fabrice Muamba dan Stuart Holden manakala Mame Biran Diouf menjaringkan untuk Blackburn. Kisah terbaru Sam Allardyce, pengurus Blackburn meninggalkan kelab / dipecat. Begitulah nasib yang menimpa mereka. By the way, kelab Blackburn diambil alih oleh syarikat ayam di India

  • Tottenham mengikat Chelsea dengan 1-1 hasil jaringan Roman Pavlyuchenko manakala Chelsea mendapat gol daripada Didier Drogba pada minit yang ke-70 manakala Drogba gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90

Setelah bermain sebanyak 17 perlawanan kecuali Manchester United dan Blackpool (16 perlawanan):
  • Takhta liga diambil alih oleh Manchester United dengan 34 mata dan mempunyai kelebihan satu perlawanan

  • Tempat kedua diikuti rapat oleh Arsenal dengan 32 mata dan juga Manchester City yang mempunyai mata yang sama tetapi perbezaan gol memisahkan mereka

  • Chelsea yang seri menduduki tangga yang ke-4 iaitu, 3 mata kurang daripada pendahulu liga. Nampaknya persaingan top-4 sungguh sengit dengan perbezaan mata yang sangat kecil

  • Tottenham, Bolton dan Sunderland juga mempunyai peluang yang agak cerah untuk menempatkan diri dalam kategori 4 kelab teratas sekiranya mereka bermain dengan lebih konsisten musim ini.
Sumber: ESPN

7 comments:

Anonymous said...

come on arsenal...harap chelsea belasah manu next game..ha3....jangan marah peminat mu..he3

hans said...

liverpool kalah

P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 40

velasrizal said...

haha syarikat ayam amik aleh blackburn.. patut le main selalu kena ayam

sahromnasrudin said...

semoga chelsea dpt bangit dari mimpi yang panjang..tevez nak belah..betoi ka???

sYafIk-wAy said...

chelsea masih berpeluang . lalala~

shahrilhakime said...

cehhh...... Liverpool bagi haghapan pelsu lagii....sekali kene dengan NU plakkk

darkbatman said...

smlm ak x tdo weh tgu man u..dhla rooney ntah pape..wt malu je penalti xgol.hahaha