Tadi baca kat akhbar Kosmo mengenai "roti canai, teh tarik lebih mahal: naik sehingga 10% tahun depan". Kan dah cakap sebelum ini, mesti benda alah ni akan naik setelah
kenaikan harga petrol RON95, diesel, LPG dan gula baru-baru ini.
Cuba tengok kat atas tu, kalaulah kenaikan sebanyak 10%, jom kita tengok impak yang bakal "dinikmati" oleh kita yang selalu makan kat luar:
- Sarapan pagi (2 keping roti canai dan satu gelas teh tarik)
- Harga sebelum: RM3.00
- Harga selepas: RM3.60
Komen: Kenaikan sebanyak 60 sen sehari dan kalau sebulan (20 hari) ianya sebanyak RM12
- Makan tengah hari (mee goreng mamak dan teh tarik)
- Harga sebelum: RM4.70
- Harga selepas: RM5.30
Komen: Kenaikan sebanyak 60 sen sehari dan kalau sebulan (20 hari) ianya sebanyak RM12
- Makan malam (nasi lemak ayam dan milo panas)
- Harga sebelum: RM7.00
- Harga selepas: RM7.70
Komen: Kenaikan sebanyak 70 sen sehari dan kalau sebulan (20 hari) ianya sebanyak RM14
So dalam sebulan kenaikan adalah sebanyak RM38.00 (RM12+RM12+RM14). By the way, ini adalah contoh aja, takkan hari-hari nak makan benda yang sama kan or asyik lepak kedai mamak aja. Apa-apa pun, nak tunjuk kesan terhadap kuasa membeli kita. Kenaikan sebenar adalah hampir 15% sebab cuba tengok kenaikan roti canai dan teh tarik bukannya 10% tapi lebih dari itu.
Apa pandangan semua mengenai kenaikan ini.
15 comments:
dah baca tadi... nasib juga bukan pengunjung tegar kedai mamak... tapi kesannya tetap terasa. At least kat situ ada kejujuran bagi pihak PRESMA yang umumkan akan naik harga. Harga naik, roti semakin kecil... apa macam pulak? Kalau saiz sama tak pa juga. Pas ni kena belajar juga buat roti canai sendiri dan teh tarikh, jadi roti kirai pun tak pa... teh kurang manis pun tak pa...
taknak makan kat kedai mamak lepas ni..
Alah.. Pegi keje bawak bekal aje la.. Save skit..
semua benda nak naik.. haishh
OMG! BN barang naik!
uiskkk tinggi gak naiknya tu
amboi ampa ni.awal dah buat perancang naik harga.
Salam...
Nasib baik makan kat umah je, kalau tiap2 hari mkn kat kedai, parah ni...
parah la mcm ni..rabak poket
huh! Pagi2 mmg selalu b.fast mamaks aja...
lumrah dah kalau harga minyak naik, sah sah, harga lain akan naik juga.impak tetap akan terasa...So, kena lebih berjimat lerrrr....
memang harga naik mcm harem bro!
sehari lepas minyak naik harga kali pertama ari tu...harga makanan tempat aku naik melampau2!
harga burger naik 20sen;
harga minuman naik 10sen;
harga nasi2 & lauk-pauk sume naik 20-50sen;
tahun baru nie aku tak tau larr ape nak naik lagi...mungkin...
interest naik lagi...
barang2 runcit pon ikut naik...
seriess...gaji tak naik...bonus pun xde perubahan...inflasi naik...memang hampeh bro...seriess (T_T)
semuanya naik...
apa yang turun?
tangga?
salam...menarik, mohon izin untuk share, t.kasih=)
Sharinginfoz: tapau makanan dari rumah. lebih jimat...dh lama saya praktikkan....heh3...
Post a Comment