Pages

Thursday, December 16, 2010

Melabur Dalam Emas Untung 12% Dalam Masa 9 Bulan

Credit: efftrends

Semalam ada baca entry kat blog matjoe bertajuk "Kira Untung Emas". Setelah 9 bulan melabur @menyimpan dalam akaun emas dan pulangan @untung yang dapat dalam tempoh tersebut adalah 12.3%. Memang not bad kan, siapa tak nak dengan return yang tinggi macam ni. Tahniah untuk matjoe kerana mendapat pulangan yang memberangsankan.

Apa yang penting kepada yang berminat untuk melabur dalam emas adalah:
  • Faham mengenai instrumen ini, i.e. perbezaan harga belian dan harga jualan, apa yang menyebabkan emas itu naik or turun, risiko yang bakal kita terima dan macam-macam lagi le

  • Harga or kenaikan sekarang tidak menjamin pulangan yang sama di masa akan datang. By the way, investment dalam benda alah lain pun ada yang sama prinsip

  • Duit untuk investment ni bukannya duit yang kita nak guna dalam masa yang terdekat, so emas ni bukan untuk jangka masa pendek

  • Kita kena selesa di dalam pelaburan ini dan jangan buat something sebab orang lain buat or terpengaruh

16 comments:

velasrizal said...

selalunya akan untung invest emas ni

Anonymous said...

betol ke ni??????? menarik ni....nk buat perlaburan tok mase depan (kihkihkih)

fairus said...

Kalau mereka yang dah untung tu, jangan lupa pulak bayar zakat emas..

iza said...

Salam...
wow, bestnya bila dah berbuah kan...
Pelaburan emas ni,kat mana kita nak melabur?risau jgk kalau melalui ejen tertentu, takut tertipu.

Matjoe said...

nik, tq mention entry kat dalam your blog.

betul tu.. kene equip ourself dgn ilmu dan ifo yang tidak bias.

kalau tanya agent emas, emaslah terbaik, kalau tanya agent unit trust, unit trust terbaik,

memang data boleh dimanipulasi agar kelihatan keutungan tinggi.

p/s: jom join contest azam 2011 aku.

eelobor said...

memang berminat gak, tengah berkira2 ngn wife untuk pelaburan dalam emas

Lagenda said...

thanks kerana share info ni.

hans said...

mak aih
9 bulan jer dah 12.3%
untung besar la tu

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

rabiatulpaid said...

wow,memang betul sb ayh aku dah try.
so aku pun nk gak try :p

maslinamansor said...

lumayan...

AngahSayang2314 said...

uittt kalau macam tue cepat kayooo woooo

darkbatman said...

aku pun ngah berkire2 nk main emas gak ne..hehe. cz kwn2 ramai dok pujuk. nampak mcm menarikk.

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... arap2 ada la REZEKI untuk invest dalam EMAS nei tahun depan... ;-p

Geng Borak said...

yup.. pelaburan emas... DINAR EMAS...
memang diakui juga oleh para ulama'..
dah banyak dah jenis..
(tapi modal aje.. huhuhu)

Sharinginfoz said...

nadey: memang betul tapi kena tahu risiko

fairus: simpanan dan pelaburan kalau dah cukup nisab dah haul kena keluarkan zakat, wajib tu

iza: saya sarankan kalau nak melabur boleh pi kat kfh sebab ianya Islamic

matjoe: memang your blog berinformasi

eelobor dan darkbatman: kira jangan tak kira, kalau selesa bolehlah melabur

KID: kalau tak silap dinar emas spread dia tinggi i.e 10% so kalau naik 15% tolak dengan kos 10% so bersihnya 5% aja

Logamemas said...

kenapa bila sebut pasal emas je,orang mesti ckp pasal zakat? Perasan tak kita semua yang semua hasil pendapatan kena bayar zakat jika cukup syarat?termasuklah zakat pendapatan.Emas di anggap sebagai komoditi yang berharga kerana ia tidak boleh dicipta.(mcm berlian)

Sekarang ada pelbagai dinar emas yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat. Cth: Public Gold 916: harga kompetetif,spread 5-6%. GCP 999 harga murah,spread 10-17%.

boleh lawati blog saya untuk info emas : http://www.logamemas.com

boleh tengok kat : http://www.goldprice.org untuk tau harga emas dalam RM.