- Perlawanan akhirnya tamat. Tahniah untuk Malaysia setelah berjaya menambat Vietnam dengan 0-0 dan Malaysia melangkah ke final dengan aggregate 2-0.
- 87": Safiq gagal menjaringkan gol even pemain pertahanan Vietnam jauh ke belakang. Malaysia sukar untuk menjaringkan gol even lawan 10 orang
- 85": Mahali dibawa masuk menggantikan Sabree
- 84": Satu lagi sepakan leret Vietnam dapat diselamatkan oleh Fahmi, nampaknya back four tidak dapat mengawal dengan baik. Nampaknya MAN OF THE MATCH boleh diberi kepada Khairul Fahmi
- 81": Amri Yahyah dibawa masuk menggantikan Norshahrul
- Setelah 75 minit, percubaan ke pintu gol sebanyak 14 kali oleh Vietnam dan Malaysia hanya 2 shots aja
- 70": Thang Luong (Vietnam) dikenakan kad kuning dan seterusnya merah akibat dive di dalam kotak penalti Malaysia. Sekarang Vietnam bermain dengan 10 orang
- 69": Ashaari dimasukkan menggantikan Amirulhadi. Tendangan percuma diambil oleh Vietnam tetapi dikeluarkan dengan baik oleh Ashaari
- Sehingga 65 minit permainan, Vietnam sudah melakukan 2 pertukaran bagi memberi asakan yang lebih tajam ke pintu gol Malaysia. Alang-alang bertahan, gunalah strategi ini bagi 25 minit akan datang. Tak perlu membuat serangan!!!!
- 61": Tandukan Viet Thang yang diperoleh from Vu Phong berjaya dipatahkan oleh Fahmi. Pertahanan Malaysia kena lebih berhati-hati, memang nasib begitu baik bagi Malaysia kerana mempunyai penjaga gol yang baik
- 55": Berlaku kekasaran di depan pintu gol Malaysia setelah Muslim dikasari dan pemain Vietnam dikenakan kad kuning
- 52": Serangan yang terbaik oleh Malaysia di mana 4 pemain menyerang tetapi gagal disempurnakan dengan baik. Maybe dah hilang skill menyerang?
- 51": Tendangan percuma pemain Vietnam dapat di selematkan oleh penjaga gol setelah Norshahrul mengasak dari belakang. So far Shahrul sudah melakukan fouls sebanyak 3 kali
- 5 minit permainan menyaksikan Malaysia masih bermain secara bertahan dan Vietnam mengasak bertalu-talu @pelbagi sudut
- Selamat kembali ke separuh masa kedua. Amirulhadi dikenakan kad kuning akibat kekasaran. Kita tengok adakah Malaysia akan terus bermain secara bertahan?
- Separuh masa pertama tamat dan secara keseluruhan Malaysia sememangnya bermain secara bertahan. Jumpa lagi dalam 15 minit. Jom kita tengok apa kata penonton melalui twitter:
- Safariladiri: Pujian harus diberikan kepada Malaysia buat separuh masa pertama. Mentaliti player amat baik dan harus dikekalkan
- onedayheart: Malaysia punya striker sorang je ke?
- jefriman: Malaysia trojan's defence! awesome
- mohdshamsuri: Ni yang tak sanggup tgk bila malaysia main defensive, dpt bola terus clear, tak nk keep possession
- zuarxpdc: dah cakap dah..Malaysia mesti kena bertahan.Vietnam serang kaw2 punya.Tapi Malaysia punya counter attack mesti mau bagus.Bleh menang ni 1-0
- Safariladiri: Pujian harus diberikan kepada Malaysia buat separuh masa pertama. Mentaliti player amat baik dan harus dikekalkan
- 40 minit berlalu dan difahamkan lebih kurang 40,000 penonton di Stadium My Dinh. Memang so far taktik bertahan sangat berkesan bagi Malaysia tetapi tidak begitu menarik untuk penonton melihat. Nak counter attack pun tak boleh sebab tak ada pemain Malaysia di bahagian Vietnam
- 33": Sepakan percuma oleh Vietnam di luar kotak penalti gagal disempurnakan oleh Van Tai Em
- Sehingga 30 minit permainan, Dianggarkan penguasaan Vietnam adalah 65%-70% dan selebihnya 30%-35% oleh Malaysia. Siaran langsung di TV1 sudah bermula
- Sudah 25 minit berlalu dan permainan tidak begitu menarik untuk Malaysia kerana banyak bertahan, kadang-kadang sampai 9 orang pemain Malaysia termasuk penjaga gol di bahagian pintu gol Malaysia bagi mengelakkan Vietnam menjaringkan gol. Maybe itulah strategi yang digunakan bagi membolehkan ke final
- 15 minit berlalu tetapi penguasaan oleh Vietnam dan tak banyak serangan oleh Malaysia. By the way, siaran langsung TV1 kemungkinan bermula pukul 8.30 malam. Sekali lagi Fahmi menyelamatkan tandukan pemain Vietnam
Malaysia tidak boleh terus bermain secara bertahan, dikhuatari jika Vietnam menjaringkan gol pertama then akan memberi kesan negatif kepada Malaysia. Sometimes, 3 pemain Malaysia mengejar seorang pemain Vietnam - 13": First shot from Vietnam tepat ke arah Fahmi dan ianya terlepas tetapi dapat diambil kembali oleh penjaga gol Malaysia
- 8": Percubaan Safee dari jarak jauh tersasar melepasi palang gol. So far, Malaysia banyak bermain secara bertahan
- Setelah 3 minit permainan, menyaksikan Vietnam melakukan banyak serangan tetapi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi belum lagi dicuba
- Permainan baru sahaja dimulakan dengan sepak mula oleh Vietnam. Malaysia memakai jersi berwarna kuning hitam manakala Vietnam dengan jersi putih
- Perlawanan akan dimulakan dalam masa lima minit lagi. Senarai pemain-pemain bagi Malaysia dan Vietnam adalah seperti berikut:
Previous Entry
Keputusan secara live akan dikemaskini setelah perlawanan berlangsung pada pukul 8.00 malam (waktu Malaysia), 18 Disember 2010. Pada perlawanan pertama, Malaysia menang 2-0 mengalahkan Vietnam dan kali ini Malaysia akan berkunjung ke Vietnam.
Siaran secara live akan disiarkan melalui Astro Star Sport channel 813 dan kalau tak silap TV1 pun ada buat lintasan langsung.
Bagi membolehkan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir, Malaysia memerlukan at least kekalahan dengan perbezaan dua gol tetapi Malaysia perlu menjaringkan gol juga. Ini bermakna kalau kalah 3-1, Malaysia akan melangkah ke pusingan final kerana mendapat gol di tempat lawan. Kalah 2-4 pun OK juga tapi kalau seri atau menang ianya lebih baik.
Bosan-bosan menunggu update, berita baik untuk pengguna celcom.
8 comments:
Insya Allah, sebelah kaki dah ke final. tinggal lagi sebelah kaki
kalau den kata Malaysia menang nanti diorang kalah
jadi den kata Malaysia kalahlah supaya menang
hohoho
P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?
jgn bagi vietnam skor dh cukup
Time kasih lar psl ade live update kat sini.. TV1 tak kuar live lerr...ade ke patut...
Good news kpd sesiapa yg umh xde astro..
TV1 ade live pukul 8.30PM ni..anyway..thnks a lot! n good effort!
Malaysia kena main bertahan.sebab vietnam akan serang sehabis mungkin.tp malaysia kena gunakan taktik counter attack. seri pun dah ok janji layak.tp aku yakin malaysia boleh menang 2-1
YEAH!!Malaysia Menang,,tapi kalau goal lagi besttt..hehe
hurmmm.... yang bestnya PERDANA MENTERI kita Datuk Seri Najib pun tengok kat skrin besar kat BUKIT BINTANG tu...
Post a Comment