- Roma akan bermain dengan Shakhtar Donetsk. Kedua-dua pasukan tidak pernah menjejaki perlawanan final Liga Juara-Juara. Pemain harapan Roma adalah Marco Borriello yang menjaringkan 4 gol so far dan Shaktar Donetsk pula mengharapkan Eduardo dan Luiz Adriano yang masing-masing menjaringkan 3 gol
- AC Milan akan bertemu dengan Tottenham Hotspur. Sudah pasti ianya satu perlawanan yang sungguh menarik terutamanya bagi Zlatan Ibrahimovic (AC Milan) dan Gareth Bale (Tottenham Hotspur) yang telah menjaringkan masing-masing sebanyak 4 gol di peringkat kumpulan
- Valencia akan bertemu Schalke 04. Valencia sudah dua kali bermain di final, 1999/2000 dan 2000/2001 tetapi kalah kepada Real Madrid dan Bayern Munich. Manakala Schalke 04 tidak pernah bermain di final. Wira Valencia adalah Roberto Soldado yang telah menjaringkan 5 gol di peringkat kumpulan manakala bagi Schalke 04 pula mengharapkan Klaas-Jan Huntelaar yang menjaringkan 3 gol
- Inter Milan, juara bertahan Liga Juara-Juara 2009/2010 akan menentang naib juara, Bayern Munich. Kiranya perlawanan ini adalah ulangan final 2009/2010 di mana Inter Milan telah menang 2-0 ke atas. Dalam perlawanan tersebut, Diego Milito telah menjaringkan kedua-dua gol untuk Inter Milan. Mampukah Bayern Munich menebus kekecewaan pada musim yang lepas. Kita saksikan nanti. By the way, sandaran Inter Milan adalah terhadap wiranya, Samuel Eto'o yang menjadi penjaring gol terbanyak so far dengan 7 gol manakala Mario Gomez (Bayern Munich) pula mengekori rapat dengan 7 gol
- Lyon pula akan bertemu Real Madrid. Mengikut rekod sepanjang sejarah Liga Juara-Juara yang mula diperkenalkan pada tahun 1955, Lyon tidak pernah sekali pun, melangkah ke peringkat final manakala Real Madrid pula menjadi pasukan yang paling banyak menjadi juara iaitu 9 kali. Kedua-dua pemain Real Madrid, Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo masing-masing menjaringkan 4 gol setakat ini
- Arsenal pula akan bertemu dengan Barcelona. Mengikut sejarah, Arsenal tidak pernah menjuarai liga ini, manakala Barcelona sudah mengecapinya sebanyak tiga kali. Rekod paling baik Arsenal ialah kalah di perlawanan akhir kepada Barcelona pada musim 2005/2006. I am sure Arsenal tidak akan mensia-siakan peluang untuk membalas dendam. Kali ini, Barcelona terus mengharapkan kelibat Lionel Messi yang so far telah menjaringkan 6 gol di peringkat kumpulan. Arsenal pula mengharapkan semangat berpasukan dan permainan yang kreatif. Fabregas dan Chamakh masing-masing menjaringkan 3 gol setakat ini
- Marseille pula akan bertemu Manchester United. Marseille menjuarai sekali dan Manchester pula sudah 3 kali dinobatkan juara. Penjaring terbanyak Marseille adalah Andre-Pierre Gignac (3 gol) manakala Manchester United pula tiada seorang pun yang menjaringkan lebih daripada 2 gol
- Kobenhavn akan bermain dengan Chelsea. Kobenhavn tidak pernah bermain dalam final manakala Chelsea pula permain sekali pada musim 2007/2008 tapi kalah kepada Manchester United dengan tendangan penalti 5-6 setelah sebelum itu seri 1-1. John Terry dan Nicolas Anelka gagal menyempurnakan penalti buat Chelsea manakala Cristiano Ronaldo juga missed a penalty buat Manchester United. By the way, Kobenhavn akan bergantung kepada Martin Vingaard dan Dame N'Doye yang menjaringkan masing-masing 2 gol manakala Chelsea pula mengharapkan Nicolas Anelka (5 gol)
- Roma
- Tottenham
- Valencia
- Inter Milan
- Real Madrid
- Arsenal
- Marseille
- Chelsea
Sumber: UEFA dan wikipedia
11 comments:
alamak arsenal lawan barcelona!!!
hehehe...siapla arsenal....haha..
sokong barca
P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans
laluan chelsea agak mudah :-) tapi tak sabar nak tgk milan vs spurs, mesti menarik tu
huh..ini la mendanya yg buat lakiku tido berasingan dgn ku 2-3 menjak ini!
Huaaaa..bakor TV tu baru tau
MU,Celsi, Barca, Spurs, Bayern akan layak season ni..huhu
glory,glory milan...yieza..chaiyok2 milan....
:):):)
terbaeeekkk!!!
wah yakin jer MU x masok. hehe
Kontest LAGI | Gaduh MANJA! | How much do u LOVE me? |
bro nik rasa arsenal boleh kalahkan barcelona?hehehe..abisla fan arsenal
dear all: ramai yang yakin benar ngan barcelona ya, nantikan
pinqib: saja nak buat gempak sikit
amirah: arsenal kali ini lebih kuat, lagipun barcelona minat sangat nak beli fabregas maknanya arsenal ada kualiti, apa-apa pun, kita tunggu
Post a Comment