Pages

Wednesday, December 29, 2010

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010:
  • Perlawanan tamat, Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggregate 4-2

  • 93": Pertukaran oleh Malaysia, Safee dikeluarkan dan Izzaq dikeluarkan

  • 90": Indonesia mendapat sepakan percuma just outside penalty box tetapi sepakan Bambang dapat dikeluarkan oleh Fahmi

  • Tinggal satu minit lagi masa biasa. Malaysia perlu bertahan kerana secara aggregate Malaysia mendahului Indonesia dengan 4-2

  • 87": Indonesia mendapat gol kedua setelah tendangan Muhd Ridwan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi. MALAYSIA 1-2 INDONESIA

  • 85": Asraruddin dikenakan kad kuning

  • Tnggal 6 minit lagi perlawanan, Nasuha (Indonesia), pemain pertahanan banyak mengucar kacir pertahanan Malaysia tetapi Malaysia masih berjaya bertahan dengan baik hanya bolos satu gol

  • 78": Ahmad Bustomi (Indonesia) dikenakan kad kuning setelah mengasari Norshahrul

  • 77": Mohd Amri Yahyah dibawa masuk menggantikan Mohamad Ashari

  • Tinggal 15 minit lagi, Malaysia bertahanlah dan bawa Piala Suzuki AFF ke Malaysia

  • 71": Indonesia menyamakan kedudukan 1-1 setelah muntahan bola disempurnakan oleh Mohd Nasuha since tiada siapa yang mengawal Mohd Nasuha. Jika nak menang Indonesia terpaksa menjaringkan 4 gol lagi

  • 61": Amar Rohidan (Malaysia) dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Razman. Nampaknya Malaysia menukar taktik dan kemungkinan memperkuatkan bahagian tengah dan seterusnya meningkatkan serangan

  • 58": Kunanlan dikenakan kad kuning akibat tackle from belakang

  • 56": Dua pertukaran oleh Indonesia dengan kemasukan Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani setelah Irfan dan Utina dikeluarkan

  • 55": Tangkapan kemas oleh Fahmi setelah tendangan kencang di luar kotak penalti oleh Firman Utina

  • 53": Gol dijaringkan oleh Safee dengan counter attack dan larian solo. MALAYSIA 1-0 INDONESIA

  • 5 minit permainan menyaksikan Indonesia menyerang dan Malaysia masih dalam mode bertahan dan permainan dikuasai oleh Indonesia

  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan tanpa pertukaran pemain bagi kedua-dua pasukan

  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDONESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • Tweets from Indonesians

  • 5 minit lagi tinggal dalam separuh masa pertama menyaksikan bola banyak berada di kawasan Malaysia

  • Setiap kali Shahrul Idlan mendapat bola, pemain Indonesia mengawal rapi dengan beberaa orang menjaganya

  • 10 minit lagi separuh masa pertama, kedudukan masih Malaysia 0-0 Indonesia, Malaysia perlu bertahan

  • 30": Ingatkan Fahmi cedera tadi, nasib baik setelah tangapan bola dengan melompat diasak oleh 3 pemain Indonesia

  • 28": Fahmi menangkap kemas tendangan kuat pemain Indonesia dari arah kiri padang

  • 24": Sabree mengawal baik Gonzales daripada menanduk bola ke gawang

  • 20": Malaysia mendapat suntikan setelah Fahmi menyelamatkan penalti, Malaysia telah mengubah kepada mode serangan
  • 18": Fahmi menyelamatkan tendangan penalti pemain Indonesia nombor 15, Firman Utina

  • 17": Penalti buat Indonesia setelah Sabree menggasari dan dikenakan kad kuning

  • 15": Tendangan sudut pertama gagal dimanfaatkan oleh Safiq

  • 14": Fahmi menjadi penyelamat sekali lagi setelah menangkap bola dengan merebahkan diri

  • 12": Free kick berjaya dikeluarkan oleh Malaysia dan tendangan sudut gagal dimanfaatkan oleh Indonesia

  • 11": Free kick untuk Indonesia setelah Safiq menjatuhkan Irfan dan tackle from belakang

  • 9": First corner oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh Malaysia, nampaknya Gonzales adalah pemain yang perlu diberi perhatian yang lebih malam ini

  • Setelah 5 minit permainan kelihatan Indonesia menguasai permainan dengan serangan dan Malaysia masih mencari rentak

  • 3": Serangan pertama oleh Indonesia tetapi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menyelamatkan dengan baik. Kena berjaga-jaga dengan Gonzales

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia memakai baju biru dan seluar hitam manakala Indonesia baju merah dan seluar putih

  • Permainan akan dimulakan bila-bila sahaja, lagu kebangsaan Malaysia dan Indonesia baru sahaja selesai. Senarai pemain-pemain Malaysia dan Indonesia
Previous Entry
Setelah Malaysia menang bergaya 3-0 final @akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini, malam ini (29 Disember 2010) bertempat di Indonesia, Malaysia akan menentang Indonesia bagi final kedua.

Siaran secara langsung @live boleh diikuti di RTM TV1 dan juga Astro Star Sports channel 813 pada pukul 8.00 malam dan 7.30 malam respectively. Bagi yang tak dapat tengok TV, jangan risau boleh datang ke blog ini untuk update secara live final @perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 untuk perkembangan terkini. See u tonight.

12 comments:

ZaridaIshak said...

sudah pasti depan tv malam ni... anak2 kasi tidor awal... kalo tidak bising

Solehah said...

hope malaysia menang bergaya..

Abdul Halim Ismail said...

semoga malaysia berjaya.Pertahankan hingga ke titisan peluh terakhir. Harap tiang gol malaysia tak dapat dibolosi

eelobor said...

memang kawan tak leh tgk malam ni, ada dinner. tunggu result jer lah

Faaein Himura said...

smoga berjaya malaysia..

Qib said...

yahu malam ni. x sbar den

dari kelate ke copenhagen said...

Gomo Malaysia Gomo..Malaysia boleh!!

eiela said...

mudah-mudahan malaysia menang jugak. 2-0 jadilah.

Latest Entri :
Tumbang Di Tendang Kambing

velasrizal said...

semoga mesia menang lah

Teknologi Maklumat said...

wow! Live Blogging In Action!

hans said...

fuh
berpeluh2 aku tgok
hahaha
gila berdebar

ardinihumaira said...

dni tengok ado manohara :D