Live Keputusan Malaysia vs Vietnam: Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2010 (15 Disember):
- Keputusan muktamad setelah 3 minit masa tambahan, MALAYSIA 2-0 VIETNAM
- 83": Kunanlan dikeluarkan dan diganti oleh Khyril. By the way, Vietnam adalah juara bertahan setelah menjuarainya pada tahun 2008. Lain-lain negara yang pernah menjadi juara adalah Singapura (3 kali) dan Thailand (3 kali)
- 81": Safee dilayangkan kad kuning setelah beliau meneruskan permainan walaupun pengadil meniup wisel
- 79": Safee menjaringkan gol kedua buat dirinya pada malam ini setelah tendangan Safiq ke penjaga gol ditampan lemah dan muntahan bola disudahkan oleh Safee. Satu gandingan yang baik Safiq dan Safee. Nampaknya Safee telah memperbaiki permainan dengan baik dan tanggapan saya mengenai beliau adalah silap
- 73": Dinh Dong (Vietnam) dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas Muslim
- Sudah 70 minit permainan nampaknya Malaysia menguatkan serangan tapi so far contribution Amri belum dapat dirasai. Sebelum ini saya berpendapat Safee perlu dikeluarkan tetapi maybe disebabkan gol yang dijaringkan Shahrul terpaksa diganti
- 67": Norshahrul dikeluarkan dan diganti oleh Amri Yahyah
- 61": Kunanlan dibawa keluar kerana kecederaan setelah clashed dengan pemain Vietnam Tan Tai
- 60": Gol pertama dijaringkan oleh Safee hasil hantaran oleh Safiq dan penjaga gol Vietnam, Tan Truong tak dapat menangkap bola yang kuat, di hujung jari. Kedudukan Malaysia 1-0 Vietnam. Go go Malaysia
- 58": Percubaan baik dibuat oleh Kunanlan tetapi sayang sedikit tersasar just beberapa inci above palang. Satu petanda yang baik yang mana Malaysia membuat serangan bertali arus
- 55": Mahali dikeluarkan dan diganti kepada Mohd Sabre. Safee menjaringkan gol tetapi sayangnya offside. Penonton-penonton Malaysia kelihatan membalingkan objek ke padang dan terdapat perbincangan antara pengadil.
- 53": Pemain Vietnam, Vu Phong (17) sangat berbahaya dengan melepasi beberapa orang pemain pertahanan Malaysia tetapi tendangan leret tersasar. Malaysia perlu memperkemaskan barisan pertahanan
- Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan Vietnam memberi asakan ke atas Malaysia tetapi ianya dapat bertahan dengan baik
- Permainan tamat separuh masa pertama dengan keputusan 0-0. Saat-saat terakhir sebelum berakhirnya half-time, Fahmi telah menyelamatkan tendangan percuma Vietnam, just outside kotak penalti. Jumpa lagi dalam masa 15 minit
- So far pemain Malaysia yang boleh memberi kesan positif kepada Malaysia ialah Fahmi, Kunanlan dan Norshahrul. Malaysia perlu berjaga-jaga dengan pemain Vietnam terutamanya Vu Phong. Permainan sudah berlalu selama 38 minit tanpa jaringan
- 32": Safiq dijatuhkan oleh Dinh Dong dan tendangan percuma diambil oleh Safiq dan diberi kepada Amar yang berada tengah bahagian just outside kotak penalti tetapi Amar menendang sangat tinggi above the goal post
- Sudah 25 minit permainan dan keputusan masih seri tanpa jaringan. Pemain-pemain untuk malam ini adalah:
- Malaysia: Fahmi, Asraruddin, Safiq, Norshahrul, Safee, Amar, Kunanlan, Mahali, Amirulhadi, Muslim, Fadhli
- Vietnam: Tan Truong, Huy Hoang, Phuoac, Dinh Dong, Nhu Thanh, Minh Phuong, Tan Tai, Vu Phong, Thanh Hung, Thanh Luong, Anh Duc
- Malaysia: Fahmi, Asraruddin, Safiq, Norshahrul, Safee, Amar, Kunanlan, Mahali, Amirulhadi, Muslim, Fadhli
- 15": Sekali lagi Fahmi menyelamatkan tendangan pemain Vietnam dan mengeluarkan bola dan tendangan sudut Vietnam gagal disempurnakan dengan baik
- Setelah 10 minit permainan, boleh dikatakan Malaysia melancarkan serangan yang baik tetapi gagal disudahkan dengan baik. Malaysia so far dapat mengawal permainan
- 6": Tendangan sudut Malaysia pertama diambil oleh Safee dan dihantar pendek kepada Kunanlan tetapi dihantar kembali kepada Safee dan gagal diambil dengan baik dan bola keluar begitu sahaja, terdapat sedikit tidak persefahaman antara mereka
- 2": Vietnam memulakan serangan di sebelah kiri tetapi sepakan ke arah pintu gol Malaysia beraya diselamatkan oleh Fahmi
- Perlawanan dimulakan dengan Vietnam mendapat sepak mula
- Difahamkan seramai 50,000 penonton berada di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil
Perlawanan bola sepak bagi separuh akhir pertama antara Malaysia vs Vietnam akan diadakan pada pukul 8.00 malam ini, 15 Disember 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya disiarkan secara live melalui Astro Star Sport channel 813 dan kalau tak silap melalui TV1 or TV2.
Memang kita harap Malaysia dapat mencatat keputusan yang baik dalam perlawanan pada kali ini. So nanti bila kita berkunjung ke Vietnam, at least kita akan lebih yakin.
Pemain-pemain Malaysia yang akan menjadi tumpuan adalah Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan, Amirulhadi dan Amri Yahyah. Yang penting malam ini, serangan kena lebih berbisa dan pertahanan perlu kental, kita hara[kan of course keeper dan dibantu oleh Muslim dan Mahali serta pemain-pemain lain.
So nantikan keputusan dan update secara live perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010.
12 comments:
amri yahya..org tanjong karang..dia mmg superb huhuhuhuhhu
hopefully menang sebab tiket dengar katanya sold out
P/S : Traffic Minggu Nih! Tutorial Letak Link Entry Anda! Ada Sesiapa Suka Shawls Yang Cantik!
harapnya menangla malaysia kali ni
tak sabar nk tggu mlm ni..hrp mesia menang
niat nk p sesak2 kt BJ...
tp nmpk gaya menonggeng depan tibi je la mlm nih...:p
salam
gua layan tv malam ni..thk info nya
harap pemain kita tidak akan hampakah harapan peminat malam ni..
terbaik malaysia..
kemenangan yang dicari..haraap2 doa 1malaysia dimakbulkan...gomo Malaysia!!
Terbaru: Tarikh Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010
Tahniah!! buat Team Malaysia menang bergaya menewaskan Vietnam 2 gol tanpa balas...tapi awas ada lagi satu perlawanan di Vietnam ..mesti menyerang jgn bertahan kalau mahu ke perlawanan akhir..
Aku tengok permainan pasukan Malaysia memang cemerlang tetapi mencemaskan..
Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Malaysia Vs Vietnam(2,0) Piala Suzuki AFF 2010
Aku tengok permainan pasukan Malaysia memang cemerlang tetapi mencemaskan..
Cantiknya Hanis Zulaika
wah..
x sngke ehhh..
buley menang mesia.. heee.. tahniah buat negara mesiaaaaaaaaa
Post a Comment