Pages

Friday, December 31, 2010

Jom Pergi Bukit Tinggi

Nak cerita mengenai tempat-tempat menarik boleh kita lawati di Bukit Tinggi antaranya Colmar Tropicale, Japanese Village dan juga Taman Arnab. By the way, nak masuk ke Colmar dan Japanese Village ni, masa melalui pondok dengan kereta, pembayaran perlu dibuat di sini.

Bagi dewasa RM12 seorang dan kanak-kanak pula RM8 seorang.

Ni bila dah parking kereta, so kenalah jalan menaiki bukit, kan kita kat Bukit Tinggi so of course le tinggi kan. Penat juga naik benda alah ni, ada le lebih kurang 10 minit kot.

Japanese Village @Perkampungan Jepun ni adalah rumah-rumah Jepun dan kita boleh pakai pakaian Jepun untuk bergambar. Ni masa Danish bergambar dalam hutan tu, alah macam kat kampung le, ada pokok-pokok, buluh dan macam-macam lagi le.


Tengok tu ikan kat sini memang cantik-cantik, kalau tangkap dan bakar sedap ni.

Bunga kat dalam ni pun cantik juga, ni gambar yang in-law ambil, tengok bunga sebelah kiri tu, nampak serangga kat dalam.

Ni pula gambar kat Colmar Tropicale. Sebelum ini tengok kat internet gambar-gambar kat Bukit Tinggi, kali ini dapat tengok sendiri, memang cantik bangunan-bangunan ni, macam kat Perancis pula. Hmmmm, entahlah lupa pulak macam mana keadaan kat Perancis since lebih 10 tahun pi sana dulu tapi lalu macam tu aja.

Kebetulan masa pergi hari tu ada clown pulak, so budak-budak memang happy sakan le. By the way, gambar ni tak ada kena mengena dengan keluarga kami, just belasah aja gambar orang lain.

Jangan risau, kat sini memang surau disediakan untuk kita bersolat, ianya berada di tingkat bawah, ambil lift kat "Customer Service Inquiry", lebih kurang macam tu le. Tapi satu aja bilik solat ini berbau tidak menyenangkan sedikit tapi tak apa janji ada juga tempat kan.

Ni lah tempat mengambil wuduk. So tak nak komen banyak, gambar ni boleh ceritakan apa yang patut.
Akhir sekali kitaorang pergi ke Taman Arnab @RM3.00 seorang sama ada dewasa ataupun kanak-kanak. Memang banyak gak arnab kat sini. Memang cukup "manja" dan jinak arnab kat sini.

Tengok tu Afiqah pegang arnab, memang suka sangat ngan binatang ni tapi bila jumpa taklah teruja sangat. Ini kalau buat sate sedap kan? Tapi tak pernah pula merasa sate arnab. By the way, di samping bermain-main dengan arnab, kanak-kanak boleh juga bermain kat playground, alah yang ada bola banyak-banyak tu.

So apa lagi, bagi yang anak-anak cuti sekolah, bolehlah bawa ke Bukit Tinggi, kan bila dah buka sekolah complain sebab tak bawa pi mana-mana.

18 comments:

Myvitrd said...

wah menarik juga ni.. adik ipar dah berkali2 ajak g sini .. tapi tak sampai2 lagi.. hehehe

liyana said...

wah boleh difikirkan tpt utk hanimun ni.. hehehehehe

n@m@n said...

dah lama teringin nak ke situ, tapi tak sampai² pun lagi..

Entri terbaru chekgu

Rupanya Khairul Fahmi Che Mat Meniru Gaya Penjaga Gol Lain!!

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Lagenda said...

mak pun dah g last week! Entah2 kita pg di ari yg sama tp masing2 tak kenal 1 sama lain!

Shafa said...

macam best dan cantek tempat dia. tingin gak nak pergi...

eelobor said...

dah pernah pegi gak sekali dulu kat sana...mcm dah takde ulangan pegi kali ke-2 kut.

miss anum said...

pun x penah merasa sate arnab..hehe

kak ina kl (1) said...

oo tak tidur boleh masuk gak yer..nantilah cuti sekolah sekali lagi..dah tak sempat dah

maCy said...

nak pergi. wuu

relevan said...

Memang menarik kat Bkt Tinggi ni..

Sharinginfoz said...

myvitrd, liyana, n@m@n, shafa: apa lagi boleh pi le nanti

lagenda: hmmmm kemungkinan memang ada kan

kakina: boleh aja tak perlu le tidur sana kan

ardinihumaira said...

whoaaaaaaaa bestnye. dni lom penah ke sana

asmaroro said...

wah mcm best je!

*∽ IZAN ∽* said...

ada satu taman arnab kat Puchong. Berdekatan Taman Putra Perdana/Bukit Puchong..! leh singgah main arnab kat sini gakk.. RM 3 per entryy.. :D

Hairil Rizal said...

Saya lagi suka ke Bkt Tinggi dari ke Genting sbb kat Bkt Tinggi lebih aman damai gitu :)

alexa yussida said...

wahh rabbit!

amry said...

AKU TERINGIN NAK PERGI JALAN2. TAPI FAKTOR MASA DAN KEWANGAN MEMBTASKAN AKU.BEST JALAN2. MEREHATKAN MINDA