Pages

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Terkini Live Malaysia lawan @vs Indonesia: Perlawanan Akhir @Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010

Keputusan Terkini Live Malaysia lawan @vs Indonesia: Perlawanan Akhir @Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010:
  • Wisel dibunyikan dengan keputusan muktamad MALAYSIA 3-0 INDONESIA

  • 94": Ingatkan Malaysia dapat penalti setelah Markus menangkap kaki Kunanlan setelah Kunanlan hampir menjaringkan gol one to one

  • 90": 8 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil

  • 85": Fahmi tidak banyak dicuba pada malam ini tetapi apabila Indonesia menyerang, beliau memainkan peranan yang baik. Permainan maybe akan ditambah at least 5 minit akibat permainan diberhentikan tadi

  • 80": Amri Yahya dimasukkan dan Safee dikeluarkan. Tendangan percuma oleh Gonzales tersasar tinggi di atas palang. Permainan Gonzales malam ini tenggelam akibat dikawal rapi oleh pemain Malaysia

  • 75": Safiq dikeluarkan setelah mengalami kekejangan otot

  • 74": Fahmi menangkap baik bola setelah diasak oleh pemain Indonesia. Satu kominikasi baik antara penjaga gol dan pemain pertahanan Malaysia

  • 72": Safee menanduk masuk satu lagi gol buat Malaysia menwaskan Markus hasil hantaran jauh Mahali. Malaysia 3-0 Indonesia

  • 67": Norshahrul memainkan peranan yang penting kali ini menghantar bola dan tekena pemain Indonesia dan disempurnakan oleh Mohamed Ashari, pemain gantian. Kedudukan Malaysia 2-0 Indonesia

  • 60": Gol pertama buat Malaysia setelah Shahrul menghantar baik kepada Safee dan disempurnakan oleh Safee. Tahniah buat Safee dan juga Shahrul. Memang sebelum ini pemain pertahan Indonesia mengagak Shahrul ingin menjaringkan gol dan of course Shahrul seorang pemain yang mempunyai semangat berpasukan menghantar kepada Safee

  • Setelah 7 minit permainan diberhentikan, ianya dimulakan kembali dan tendangan percuma oleh Safiq dihantar baik ke belakang tetapi gagal disempurnakan

  • 52": Tendangan percuma diberikan kepada Malaysia setelah Kunanlan dijatuhkan tetapi pemain Indonesia bertindak keluar padang apabila penjaga gol Indonesia claimed that terdapat sinaran @pancaran laser.

    Penonton melempar mercun ke dalam padang akibat marah permainan diberhentikan

  • 51": Hantaran oleh Safee tepat kepada Shahrul tidak dapat disempurnakan kerana pemain pertahanan Indonesia mengekang dengan baik

  • 48": Tendangan Okto (Indonesia) berjaya ditangkap oleh Fahmi. Nampaknya Indonesia mengasak dengan lebih kuat kali ini

  • 47": Gonzales menjaringkan gol tetapi tidak dikira kerana offside

  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran oleh Malaysia: Amirulhadi dikeluarkan dan diganti oleh Mohammad Ashaari. Sebelum ini Amirulhadi dikenakan kad kuning

  • Permainan separuh masa berakhir setelah 2 minit masa tambahan dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDNESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • Tinggal lagi 5 minit separuh masa pertama, kedudukan masih seri tanpa jaringan. Nampaknya permainan sedikit perlahan oleh Malaysia

  • 32": Asraruddin dikenakan kad kuning akibat kekasaran dan sepakan percuma oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia

  • 27": Gol nyaris dijaringkan oleh Indonesia setelah mereka melakukan counter-attack setelah Malaysia kehilangan bola di bahagian tengah, nasib baik bola leret sedikit tersasar

  • Setelah 25 minit permainan, kelihatan Kunanlan banyak merobek gawang Indonesia di bahagian kiri

  • 22": Mohd Safiq (Malaysia) gagal menjaringkan gol setelah penjaga gol Indonesia keluar jauh daripada gol. Bagus nampaknya Malaysia terus menyerang

  • 18": Malaysia menggandakan serangan tetapi Mohd Amirulhadi tak dapat melepasi pemain pertahanan Indonesia, rasanya Amirulhadi sepatutnya memberi kepada dua rakannya yang sedang menunggu

  • 16": Malaysia mendapat sepakan percuma setelah Norshahrul ditolak oleh Maman tetapi sepakan melantun gagal disempurnakan oleh Amar Rphidan dengan menendang tinggi

  • Sudah 13 minit berlalu, tak banyak percubaan oleh Malaysia. Indonesia banyak menyerang tetapi dapat dipatahkan oleh pertahanan Malaysia

  • 6": Sepakan sudut pertama buat Malaysia setelah bola dikeluarkan oleh pemain Indonesia setelah Norshahrul diasak oleh 2 pemain Indonesia. Sepakan pendek oleh Shafiq gagal membuahkan hasil

  • Setelah 3 minit permainan, boleh dikatakan Indonesia lebih menguasai permainan dengan Malaysia membuat hantaran yang tidak begitu kemas dan banyak mengeluarkan bola

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia mendapat sepak mula

  • Senarai pemain Malaysia dan Indonesia

Previous Entry
Malam ini pukul 8.00 malam, 26 Disember 2010 (Ahad) perlawanan akhir @final pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia vs Indonesia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Live boleh diikuti melalui RTM TV1 dan juga Astro Star Sports channel 813.

Kalau anda tidak dapat menonton melalui TV, jangan lupa keputusan secara live terkini (update) boleh diikuti di blog sharinginfoz. Saya akan buat yang terbaik untuk mengemaskininya.

Memang rakyat Malaysia menantikan perlawanan ini dan ingin melupakan kekalahan 1-5 lawan Indonesia sebelum ini. Kita nantikan keputusan live Malaysia lawan @vs Indonesia nanti.

8 comments:

hans said...

tapi yg xbestnya sebab perlawanan final ada timbal balik kan
haih

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

Unknown said...

SALAM,
RASANYA, MALAYSIA KALAH TIDAK. MENANG BERGAYA

mknace unlimited said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!
buat malaysia

Aku Anak Pahang said...

Malaysia menang! :)

black_mel said...

hope malaysia menang....go malaysia...

Unknown said...

gollllllllllll~~~~~~~~

akubiomed said...

Wooho, Malaysia menang. Taniah kepada skuad Harimau kerana berjaya mematahkan sayap Garuda

aque said...

ulasan yang terbaik.. besh.... :D go malaysaia