Pages

Saturday, December 4, 2010

Live Malaysia 0-0 Thailand: Piala Suzuki AFF 2010 (4 Disember 2010)


Live Malaysia vs Thailand:
  • Malaysia berjaya memungut 1 mata setelah keputusan seri Malaysia 0-0 Thailand after 3 minit masa tambahan. Secara keseluruhan bahagian pertahanan tidak begitu kemas dan kredit patut diberi kepada Fahmi dan serangan memang teruk hanya bergantung kepada Shahrul. Sakit hati betul pada 1 minit terakhir apabila Khyrill Muhymeen tidak berjaya mengambil bola yang dihantar oleh Shahrul di depan pintu goal. Kalau tidak Malaysia berjaya memungut 3 mata. Apa-apa pun tahniah untuk Malaysia dan peluang masih ada tapi kena menang lawan Laos Selasa nanti

  • 73": Pemain Malaysia, Mohd Safee dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Amri. Nampaknya game kali ini lebih baik jika dibandingkan dengan game menentang Indonesia terutamanya bahagian pertahanan tetapi bahagian serangan tidak begitu tajam. Masih tiada gol dijaringkan setakat ini

  • Separuh masa kedua dimulakan. Minit ke 47 menyaksikan Malaysia mendapat tendangan percuma just outside kotak penalti tetapi tendangan Safee tersasar

  • Separuh masa tamat dengan kedudukan Malaysia 0-0 Thailand

  • 38": Pertukaran pertama Malaysia: Amirulhadi dikeluarkan dan Khyrill dimasukkan

  • 28": Cubaan bahaya oleh Thailand berjaya diselematkan oleh Fahmi. Malaysia perlu melancarkan serangan bagi melayakkan ke pusingan seterusnya

  • Setelah 25 minit berlalu, Malaysia masih lagi bertahan tanpa bolos sebarang gol dan tidak nampak serangan dilakukan oleh Malaysia. Nampaknya hanya aktif separuh padang di bahagian Malaysia

  • Setelah 15 minit permainan, nampaknya Thailand menguasai permainan dengan serangan-serangan berbahaya tetapi ketangkasan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan gawang. Kedudukan masih Malaysia 0-0 Thailand

Previous Entry
Hari ini, 4 Disember 2010, perlawanan bola sepak Malaysia vs Thailand sangat penting setelah Malaysia kalah 1-5 kepada Indonesia pada hari Rabu lepas. Pada hari yang sama Thailand seri dengan Laos 1-1.

By the way, perlawanan Malaysia vs Thailand dapat ditonton secara live pada pukul 6.00 petang (waktu Malaysia) melalui Astro Star Sports channel 813.

Semoga Malaysia dapat bermain dengan sebaik yang mungkin terutamanya di bahagian pertahanan. Nak sangat Fahmi (penjaga gol) main petang ini dan juga of course perlu serangan berbisa Shahrul Idlan Talaha.

10 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
BOLEH MENANG KE? ENTAHLAH, RASANYA SUSAH SIKIT ! APAPUN, KITA DOAKAN YANG TERBAIK UTK MALAYSIA

J.M.R said...

aku pasrah je la apa result dia bro...huhuhu

hans said...

rasa2 ada harapan menang x?
kalau thailand main macam lawan Laos hari tu ada harapan la
tapi kalau dah bangkit
habis lah

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

CERITA LEBAT said...

yes!..malaysia boleh..mai secawan..

Hezesuze said...

hai hai..nak selit gak
salam perkenalan dari weols

http://hezesuze.blogspot.com

eelobor said...

update lagi bro....

Mknace said...

:):):)
hope for miracle to happen

hazman aka species1980 said...

hurmmmm..... Jersi BIRU tue tak lawa.... tapi sonok tengok Norsharul idlan talha gelecek memang sempoi laaa

HAZWAN17 said...

mintak-mintak indon dapat kalahkan thailand dan malaysia menang besar dgn laos

Anonymous said...

Indonesia Vs Malay = 5 - 1

Indonesia Vs Laos = 6 - 0


I LOVE INDONESIA