Pages

Friday, December 17, 2010

Jom Makan Nasi Lemak-Mali's Corner @Taman Bunga Raya, Dekat TAR Kolej

Nasi lemak memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Yang ni nak cerita mengenai nasi lemak kat Mali's Corner, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, Setapak. Ianya berdekatan dengan TAR College. Memang sedap betul dengan ayamnya yang more or else berempah, nasi yang sedap, tak kurang ikan bilis yang ranggup. Pada harga RM4.50 memang berbaloi. Bagi saya rating untuk nasi lemak ni ialah 8.6 out of 10.

By the way, sebelah gerai tu ada char kuew tiew. Itu pun not bad.

Yang nasi lemak telur mata ni pun OK juga, pada harga RM2.00 memang cukup murah. Tengoklah ikan bilis dan timun tu. Kalau nak beli memang kena beratur panjang juga le. By the way, kalau makan kat situ lagi sedap. Terlupa nak cerita pasal sos dia tu tak begitu pedas dan macam mana nak explain ya, memang sedap le. So rating untuk yang telur ni saya bagi 8.5 out of 10. Dapat juga A. So apa lagi, kena cuba le.

Terlupa pulak kul berapa diaorang buka, rasanya petang sampai pagi kot.

13 comments:

amirah said...

dulu masa zaman uia selalu gak makan kat situ

Lagenda said...

mak namo nasik lemak..nak char kuew tiew tu je! Hihihi..

P/s: Ada hantu mak limah kat umah mak. Moh tgk!!

J.M.R said...

setuju, malis ni rasa dia lagi sedap dr yg kt danau tu..plus awek yg buh nasi tu pun cun..hikhiki

eelobor said...

satu jer yang buat masalah paling ketara. ruangan jalan raya di gunakan sesuka hati untuk meletak meja2 makan, siap di buka khemah lagi. perghhh....ko ingat tuh jalan tok encik korang? dah la jalan 2 hala menjadi sehala jer.....nak untung pun agak2 la weiiii

Yatre Hayati said...

Gile a nasi lemak. Kalau orang mesia tak suka nasi lemak boleh kena hukum buang negara.

hans said...

look delicious n the price memang suitable lah dengan contains dia

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

mimizuzuhaha said...

dah lama tak makan kat situ..ish slurp slurp

hazman aka species1980 said...

hurmmm... kat tempat saya nasik lemak AYAM boleh lagi dapat harga rm3-rm3.5 tapi kat pasar malam je laa...

amry said...

erk..kan dah terkena sound ngan encik eelobor. saya tak tahu kedai tu tapi kalau jenis block jalan ni memang geram dibuatnya.

azzey said...

Sharinginfoz; murah le tu. tgk je ikan bilis dia. byk. kdg2 harga lbh mahal pun ada kepala ikan bilis je..heh3...

Kaseh NazLieza said...

blogwalking smbil mkn ns lmk buatan sndiri ni..he3...

cek chun said...

nak klik LIKE kat eloobor..hahaha
2x dah p situ. makan situ gak yg masyuk.

parking punya la payah.

squirtofdeth said...

n nak tambah sikit.. awek nasik lemak malis ni mmng comel2 lak tu~~ bertambah bermakna rsanya nasi lemak ni.. umm ade sape2 mau share fb awekz2 malis?