Pages

Monday, December 20, 2010

Jom Beli Baju Sekolah Anak Darjah Satu

Hari ni nak bercerita mengenai beli baju sekolah untuk anak darjah satu dan darjah tiga. Memang excited betul anak perempuan yang bakal masuk darjah satu tahun depan. Yang lelaki biasa aja. Tak kisah sangat masa nak cari pakaian sekolah tu.

Overall spent RM437 untuk dua orang bagi pakaian sekolah (kebangsaan dan agama):
  • Darjah Satu (perempuan): RM222
    • Kebangsaan (2 pasang pinafore dan 2 pasang kurung): RM158
    • Seluar track: RM10
    • Baju putih: RM8
    • Agama (2 pasang kurung termasuk 2 tudung dan 2 serkup putih): RM46

  • Darjah Tiga (lelaki): RM215
    • Kebangsaan (2 pasang): RM100 (yang lama ada 2 pasang lagi OK)
    • Agama (2 pasang termasuk sampin): RM115
Nota:
  • Yang anak perempuan baju kurung sekolah agama beli kat kedai biasa sebab tak ada size dan kain merah tak ada. Manakala yang baju sekolah kebangsaan tu beli kat Jusco @Kiko. Tapi kalau dibandingkan, kualitinya berbeza tapi tak tahu lagi lasak mana digunakan nanti.

  • Yang anak lelaki bagi sekolah kebangsaan dan agama jenama alpha kids @Jusco dan dapat 15% diskaun.
Nanti update lagi mengenai pembelian alat tulis dan yuran sekolah.

10 comments:

relevan said...

Tunggu hujung hujung bulan nanti beli..

Matjoe said...

hmmm, byk gak nk pakai, so senag cerita kene laa carik yg mana yg murah dan vbaru beli

sw33tdarling.com said...

masa saya sekolah dulu, mak tak pernah belikan baju sekolah anak perempuan sebab mak jahit sendiri... jimat!

velasrizal said...

byk jugak spend utk perbelanjaan bdk2 tu

Jery_Alid Misyahzniirf said...

saya pun pening gak tengok baju-baju diaorg pun mahal boleh tahan .... itu belum termasuk buku dan yurannya ...

Alimaz-Kembara Terasing said...

kalau beli yang berjenama mmg mahal... I beli jenama jony and jeny ja....

amry said...

o mak aiii...baru baju 2 orang tu...aduh. banyak duit erk. mak ayah saya perlu sekolahkan saya dan adik2 5 orang sekali gus. Fuh!!so baju yang tahun lalu kalau boleh pakai, pakai jer.besar pengorbanan diorang kan?

sahromnasrudin said...

konfem RM 500 tak cukup kan huhuhh

Sharinginfoz said...

relevan: slamat membeli baju sekolah

matjoe: itu salah satu cara juga

jery dan sahrom: memang betul, maybe untuk sorang anak RM500-RM700 kot

alimaz: lagipun budak2 sekarang memang lasak kan

amry: yalah masa dulu tak le mahal

hazman aka species1980 said...

Bro mesti dah plan budget untuk beli baju bebudak nie kan....