Pages

Friday, July 2, 2010

Jom Makan Kat Restoran Sri Niara Seafood @ Desa Melawati

Jom kali ini kita tinjau-tinjau ke destinasi makan di Restoran Sri Niara Seafood yang bertempat di No. 14, Jalan 5/4C, Desa Melawati. Ianya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 pagi. Kitaorang pi untuk dinner last weekend.

Apa kata kita mula dengan air tembikai dan honey dew, memang murah @ RM2.50 segelas dan sangat berbaloi, memang pure, kalau rating saya bagi A, 9.1 out of 10.

Kerabu mangga, memang favourite ni, mangganya tak masam sangat, maklumlah ada sesetengah tempat memang sangat masam, nak makan pun tak sodap sangat. memang cukup rasa, masih A @ 9.0.

Telur dadar, rasanya normal aja, entahlah apasal order telur dadar, maybe sebab ada sup ayam kat bawah tu. masak sendiri lagi sodap kot, yalah tak garing sangat, lagi satu memang saya tak suka yang lembik2 dan ada bawang, so bagi 8.4 le daripada 10.

Sup ayam, kiranya boleh tahan le. Tapi tak ada le peringkat superb. Just good aja, hmmmm, memang A-, berapa ya nak bagi??? slightly above 8, so 8.1 out of 10. Maybe sup tu di masak banyak-banyak. Semua macam tu kan?

Yang ni siakap masak niara (masak masam manis), garingnya diperingkat 80-85% kot. Kalau garing sangat memang tak le rasa ikan tu kan. Satu lagi bila makan ikan tu, isinya tak berapa rasa kuah, sedikit tawar. maybe tak menyerap kuah tu. Anyway this ikan siakap @ RM28 so total untuk makan malam tu ialah RM44.70. Rating ni ingat nak bagi A tapi I am sorry to say that, maximum saya boleh bagi ialah 8.4 out of 10. Nak dapat A kenalah 8.5 sekurang-kurangnya.

Overall, bolehlah di bawah RM50 dapat makan ikan siakap, sup ayam, kerabu mangga, telur dadar, air tembikai, air honey dew dan air suam.

9 comments:

Suara Hati Ini.... said...

aaa...sedap..dah lapo dah ni..huhu

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

ok dah lapa. lagi sjam waktu lunch
:)~

eelobor said...

selalu aku makan kat situ masa lunch dgn wife jer sbb ofis wife area situh. kalu malam lak makan kat jalan sungai tua, restoran yang sama.

NAZ said...

murah je lah kot :) boleh tahan harga

lindaoff said...

Kat mane neh bro?Dekat area tmn permata yg ada Giant tu eh?

Sharinginfoz said...

eelobor: maybe boleh cuba cawangan lain

appledia: taman permata depan lagi, ni kalau from MRR2-ampang, selepas flyover taman melati (petronas) jalan lagi then ada satu lagi flyover then ambil kiri (i.e. nak pi ke melawat) kalau belok kanan pi ke wangsa maju... selepas tu jalan sikit masuk sebelah kiri.....

maslinamansor said...

kalau tengok ke harga, ok juga.

Kalau berbaloi harga dengan rasa makanan boleh la pergi lagi...

Amir Izzat said...

wow! nampak sedap nie...dah la tengah lapar..ha, nak sikit boleh? ada tapau tak? haha

azzey said...

Siakap masak masam manis yg tak blh tahan tuh.....hu3...