Pages

Thursday, July 15, 2010

Harga Minyak Petrol Diesel Naik 5 Sen Mulai 16 Julai 2010, LPG Gula Pun Naik

UPDATE:
  • Minyak / petrol RON95 dan diesel naik 5 sen kepada RM1.85 per liter dan RM1.75 liter respectively
  • Gula naik 25 sen kepada RM1.90 sekilo
  • LPG naik 10 sen kepada RM1.85 per kg, so kalau anda beli gas memasak yang 10 kg, maknanya ianya naik sebanyak RM1.00 (LPG=petroleum gas cecair or liquid petroleum gas)
  • Petrol RON97 tidak lagi diberi subsidi dan ianya akan diapungkan (floating) secara terkawal. Buat permulaan ianya dinaikkan kepada RM2.10 seliter
"Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram"

APA KOMEN ANDA MENGENAI KENAIKAN MINYAK / PETROL, DIESEL, LPG DAN GULA?


(Previous entry)

Mengikut sumber yang boleh dipercayai pengumuman akan dibuat pada pukul 8.00 malam ini mengenai kenaikan petrol, diesel, gas memasak dan juga gula mulai 15 Julai 2010.

Petrol akan naik 5 sen. Gas petroleum cecair (LPG) naik 10 sen sekilogram dan gula 25 sen sekilogram. Bagaimanapun, bagi petrol RON97 akan ditetapkan harga siling RM3 setiap liter. Sumber: thestar

Ini sms yang saya terima daripada kawan

"Menurut sumber, ada perubahan harga petrol berkuatkuasa 12 malam ini. Harga baru spt berikut mulai 16 Julai 2010. Ron97 RM2.10. Ron 95 RM1.85. Kenaikan adalah 5 sen setiap liter."

18 comments:

Amir Izzat said...

salam..aduhai..makin bertambahlah beban...huhu

Anonymous said...

Kerajaan dah naik...'AN' minyak..heheh

fahmi ibrahim said...

kita tunggu dan lihat sahaja

Lagenda said...

pasni kita ramai2 plak, NAIK MINYAK..hanggin tol cenggini! Haaa..ini la yg depa nak bila dok sorok gula tu! 25 sen /per kg, manyak tu!!

Unknown said...

say 'good' to orang yg naikkan harga sume nie...

touya said...

benda nie memang tak dapat nak dielak

suara hati ini said...

ni la kerajaan yang disanjung2 sgt selama ni..bgus2..tahun dpn nak naik pe lak wahai pm 1 malaysia?

ezadikna said...

asyik naik naik naik jek...sakit la macam ni....

azlina aziz said...

lepas ni, apa yang naik pulak? Kita tunggu dan lihat saja lah.

Cik Lily Putih said...

semua naik tapi gaji tak naik2 plak... aduhai..

eiman said...

naik 5 sen bleh save juta2.. dahsyat tul

Ken Wooi said...

mahal! =/

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

BN=>Barang Naik

ardinihumaira said...

huhu... sedihnya... minyak naik.. nak kena jalan kaki pasni pos2 barangan :'(

Unknown said...

akak ambil info..akak dah bagi credit..

lepas ni semua naik minyak

cik fiza said...

walaupun tak bape berpuas hati tapi apa yg kita bleh buat.. kita hanyalah suara2 kecil yang tak berapa didengar.. so sebagai langkah selamat, kenalah amalkan perbelanjaan berhemah... dan rancang perjalanan supaya minyak tu tak bazir begitu sahaja :)

Anonymous said...

tak patut.. ;(
ksian mama papa..

azzey said...

pg koje naik basikal le jwb nye ni...