Pages

Monday, July 19, 2010

Advertorial Tips: Coffee With Nuffies - Yuen Yee

Seperti yang dijanjikan last Friday, saya telah pergi ke pejabat nuffnang bagi "coffee session" dengan staff nuffnang bersama-sama dengan bloggers lain. Entry ni agak panjang dari biasa yang saya tulis, so kalau nak cepat baca yang colour biru aja.

Inilah nuffies dan juga other bloggers. From left, Yuen Yee, Fresh, Shahrul, Ciklilyputih dan Elwyn. Memang saya galakkan untuk pi ke sessi kopi ni, banyak benda yang boleh dipelajari dengan lebih dekat. By the way, mengenai advertorial tips tu sabar ya, kat bawah nanti saya cerita. Nuffnang ni syarikat pengiklanan melalui internet dan juga mempunyai cawangan di Singapura, Filipina dan Australia.

Kat Malaysia alone sebanyak 90 ribu++ bloggers bernaung under nuffnang dan mereka menerima lebih kurang 50++ queries from mereka terutamanya mengenai ads dan earnings.

Ni lah environment di dalam pejabat yang merangkumi 25-30 orang yang menjaga beribu-ribu bloggers. Ianya dibahagikan kepada dua iaitu bloggers relation dan juga client (syarikat yang nak mengiklanan produk atau perkhidmatan mereka).

Yang ni bahagian bloggers relation. Mereka menjawap queries, monitor blog, assign ads dan apa-apa yang berkaitan dengan bloggers. Secara ringkasnya terdapat dua jenis iklan iaitu:
  • Cost per click (CPC)
    Earnings akan dibayar hanya jika pelawat klik iklan tersebut. Kalau tak click tak ada le pendapatan. Sebagai contoh, syarikat A membeli 7,000 iklan seminggu dan setiap hari ianya habis sehingga 1,000 klik sudah dihabiskan setiap hari. Yang penting anda click jika berminat dengan iklan tersebut. So it is ok for you to click your own ads. Yalah kalau kita nak buat entry mengenai iklan tersebut, macam mana nak tahu jika kita sendiri tak click kan. Jangan click fraud sudah le.

  • Metered cost per thousand impressions (mCPM)
    Yang ni kiranya buffered earnings yang dah mati le. By the way, jika pelawat tak click pun, earnings tu masuk dalam akaun anda (nuffnang bukan bank's account ya). Sebagai contoh RM2.00 bagi setiap 1,000 unique visitors (UV). Jumlah iklan yang akan dibeli oleh syarikat ialah i.e. 5% daripada jumlah UV of your blog, so kalau UV anda 200, sebanyak 10 ads akan keluar ataupun sebanyak 100 iklan sehari. Ianya tak ada fixed ratio.

So rajin-rajin le update survey kat nuffnang tu, i.e. berapa kerap anda update blog, berapa banyak komen yang anda terima setiap entry, blog anda ramai wanita or lelaki dan sebagainya sebab iklan akan diassign berdasarkan profile pelawat anda.

Yang ni bahagian client. Merekalah berusaha untuk mendapatkan client dan memujuk mereka agar mengiklankan produk mereka dengan nuffnang dan operation people akan distribute the ads kat blogs.

By the way nak citer pasal advertorial tips. Secara ringkasnya:
  • Blog mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 UV

  • Content sangat penting. Sebab ianya akan memainkan peranan sama ada blog anda akan diberi advertorial ads ke tak. Tapi kalau blog anda ada hits 2,000 sehari tapi ianya blog download lagu, memang susahlah untuk diberi advertorial sebab tak menepati selera syarikay yang ingin mengiklankan produk mereka. Syarikat mahukan feedback dan blog yang boleh influence pembaca.

  • Blogger mestilah reliable i.e. commitment sangat penting, i.e. mengenai dateline untuk submit the entry, jika anda dipilih, sebab nuffnang dah promise kepada company untuk publish entry tersebut pada pukul dan masa yang dipersetujui. So kalau first time diberi peluang dan anda tak boleh deliver kemungkinan besar ianya tak akan diberi lagi.

  • Advertorial ni bukannya nuffnang boleh pilih blog mana yang nak letak benda alah ni, nuffnang hanya propose dan final say ialah syarikat yang mahu mengiklankan barangan mereka. So kat sini tak ada isu on pilih kasih atau mengapa blogger sama dapat chance. dah advertiser yang berminat.

So kat pejabat nuffnang ni disediakn tempat untuk berehat, siap ada bantal so apa lagi tidur time. Kerja-kerja juga, kalau penat rehat kan. Di samping itu ada sebuah flat screen tv dan astro so sambil buat kerja apa lagi tengoklah movies.

Ni nak citer mengenai apa yang membuatkan seorang blogger tu bagus:
  • Content sangat penting. Apa yang kita tulis bukannya layout yang fancy fancy. Sebab orang datang blog kita ni nak baca apa yang kita tulis dan pandangan kita mengenai sesuatu isu

  • Update selalu. Takkan sebulan sekali nak kemaskini blog susahlah kan. Orang pun tak datang blog kita kalau masuk aja tengok-tengok entry yang sama ja. Macam kita baca newspaper le nak tahu isu terkini

  • Interact with pembaca. Ini penting juga, takkan kita nak visitors aja letak dalam komen tapi kita tak reply or response, bagi saya kalau tak dapat jawap setiap comment, at least jawab le beberapa kan. Yalah macam kita bercakap dengan orang, orang tanya kita senyap aja, apa pandangan mereka. Satu lagi saya rasa penting juga kita saling kunjung mengunjungi.

  • Blogging bukan semata-mata kerana wang. Kita berblogging ni kerana kita suka, nak share something dengan orang dan ianya dapat menggembirakan kita. Kalau masuk nuffnang, seminggu pas tu complain apasal duit tak naik-naik susah le kan. Kalau dapat duit tu kiranya bonus le. Lagi satu kita dapat kenal-mengenali antara satu sama lain kan

Tu le, sedikit sebanyak yang saya dapat. So after office hours i.e 5.30 pm, apa lagi main guitar le depan flat screen. Memang hidup kena enjoy, kerja kena buat. So balance kan.

26 comments:

ardinihumaira said...

wahhh... dni kena update survey la kalau macam ni.. dni update tapi update tak cakap pape pun mengenai blog. kali ni nak ceritkannya... tq sharingfoz! ^_^

Lagenda said...

thanks 4 sharing bro!!!

maslinamansor said...

thanks for information...
Baru sekrang faham sikit pasal pasal nuffnang beroperasi.
Nampaknya melalui penulisan kita juga menjadi salah satu cara mendapatkan advertorials...

- zuriey - said...

memang bagus information ni.. thanks for sharing.. akan ku gunakan nya nanti

Unknown said...

gler r diorg..dlm office pn leh jamming..baguih2

ciklaili said...

wah! tips yg sgt berguna.

tq for sharing :)

jfook said...

Wow, useful information.

kak ina kl said...

akak setuju 100%

rasp said...

syiok tengok working environment dorang...santai...
thx for the info...

JMR said...

best giler suasana ofiz gitu..tQ 4 the info bro!

noorafzan.blogspot.com said...

good tips.
thanks ye sharinginfoz..

Cik Lily Putih said...

bro,
thks for backlinks... hehehhe seronok kan tgk diorg ari tuh

icee-yah said...

em..mana gmbr sharinginfoz ek with nuffies??wm..bilalaa dapat tgk muka penulis ni:)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Good info bro.. im miss sket conversation aritu.. hahahh~
environment doang nyer mmg superb! ahahah.. terbaek! =D

yours
SH

azzey said...

thanks! a lots of info...

Sharinginfoz said...

dear all: benda kecil aja, kongsi apa yang saya dapat

ciklilyputih: small matter aja

icee-yah: memang surprise.... maybe so far dalam blog tak ada gambar sendiri, pemalu, he he he, kena jumpa kat luar le

Anna Boleyn said...

thanx for sharing. ape yang diperkatakan masa coffee with nuffies ni lebey kurang dengan yang masa nuffnang sharring session tu.:)

btw, mmg best kan working environment kat ofis nuffnang? :)

Afra Yuri said...

thanx for the info, sharinginfoz! hahaha. btw u kata 'nuffnang hanya propose', means kat sini nuffnang ada kuasa nak pilih blog mana utk dipropose, diantara blog2 yg layak. betul tak? betul tak? ;p

Sya Isya said...

bestnyer environment kerja macam tu..nak juga keje leh enjoy2 gitu..thanks 4 d info. =)

Yatre Hayati said...

menarik...thanks for sharing..:))

TianChad田七摄影 said...

Content is the king =)

Matjoe said...

memang btul. kene tgk gak tang trafik tu kene tinggi

soffya cik bulan said...

fuhh berguna..byk persoalan sy terjawab...

erm, bolehke nk ambl sikit2 kongsi kt blog...tp pasti kredit kamu...:)

Woofer Storm said...

mcm cool je siap boleh tdo lagi ni..hehe

thank info menarik^^

Unknown said...

wow thanks sbb sharing info

Qashmere said...

Salam kenal..

Terima kasih dengan perkongsian ini lagi2 blogger baru macam saya!.

Bestla blog ni baru tahu dari blog eyriqazz.. nak follow lah.

Nanti rerajin singgah blog Mummy and follow back yea!