Pages

Sunday, July 11, 2010

Belanda 0 vs Spain 1: Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010


Spain juara world cup dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda
(ENTRI MENGENAI SPAIN JUARA PIALA DUNIA 2010)

Update / Keputusan Terkini:

116': Gol dijaringkan oleh Andres Iniesta (Spain): Belanda 0 Spain 1

108': Johnny Heitinga (Belanda) dikenakan kad kuning untuk kali kedua = kad merah dan dikeluarkan. Belanda bermain dengan 10 orang sekarang

15 minit out of 30 minit masa tambahan telah tamat dan keputusan masih terikat 0-0. 15 minit lagi akan diteruskan. Jika keputusan masih seri. Tendangan penalti akan dilaksanakan

Tamat 90 minit + 3 minit masa kecederaan, masih terikat Belanda 0 Spain 0. 30 minit masa tambahan dilanjutkan

Separuh masa pertama tamat dengan tanpa jaringan tapi kad kuning Belanda 3 Sepanyol 2

27': Kad kuning yang kelima ke atas Nigel de Jong (Belanda), pemain Manchester City kerana tendangan dada ke atas Xabi Alonso

22':Kad kuning yang keempat dilayangkan kepada Sergio Ramos (Sepanyol) pemain Real Madrid atas kekasaran ke atas Dirk Kuyt.

21': Kad kuning ketiga dilayangkan kepada Mark van Bommel (Belanda) pemain Bayern Munich atas tackle dari belakang ke atas Andres Iniesta

16':
Carles Puyol (Sepanyol) pemain Barcelona juga dilayangkan kad kuning atas foul on Arjen Robben

14': Robin Van Persie (Belanda) pemain Arsenal dikenakan kad kuning kerana tackle yang dilakukan ke atas Joan
Capdevila


***********************************************************************************


Permainan sudah dimulakan. Pemain-pemain Belanda yang perlu kita beri perhatian ialah Robin van Persie, Wesley Sneijder dan Arjen Robben. Manakala bagi Spenyol ialah David Villa, Andres Iniesta dan Xavi.

Perlawanan akhir piala dunia 2010 akan berlangsung pada hari isnin, 12 julai 2010 @ 2.30 pagi. Bagi peminat world cup, inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu.

Saya nak Belanda menang. Sekarang ni Wesley Sneijder (Netherlands) dan juga David Villa (Sepanyol) telah menjaringkan 5 gol. Maybe akan cuba menambah jaringan bagi merebut kasut emas. Nak sangat tengok Persie (Holland) main kali ini.

Letak ketepi sotong paul ataupun burung nuri mani from singapura. Sekarang ni macam-macam jenis haiwan digunakan untuk meramal. Tak lupa juga dengan bomoh-bomoh. Apa-apa pun semoga game yang terakhir untuk world cup 2010 sangat menarik sepertimana game Germany vs Uruguay.

Sejarah perlawanan antara Belanda vs Sepanyol
  • Jumlah perlawanan: 8
  • Menang: Belanda (4), Sepanyol (3) & Seri (1)
Laluan Belanda ke Final
  • Peringkat Kumpulan E
    Denmark (menang 2-0)
    Jepun (menang 1-0)
    Cameroon (menang 2-1)

  • Pusingan kedua
    Slovakia (menang 2-1)

  • Suku Akhir
    Brazil (menang 2-1)

  • Separuh Akhir
    Uruguay (menang 3-2)

Laluan Sepanyol ke Final
  • Peringkat Kumpulan H
    Switzerland (kalah 0-1)
    Honduras (menang 1-0)
    Chile (menang 2-1)

  • Pusingan kedua
    Portugal (menang 1-0)

  • Suku Akhir
    Paraguay (menang 1-0)

  • Separuh Akhir
    Germany(menang 1-0)

4 comments:

ENCIK TIKUS said...

Sepanyol boleh beat Germany punyaa ;)

ardinihumaira said...

ikan dni pun nak ramal jugak.. hik3

jfook said...

I hope octopus's prediction is wrong.

Lagenda said...

pilihan ati mak....?

TIDO!!!!