I am sure ramai yang telah terlebih bayar cukai kepada lembaga hasil dalam negeri (LHDN) dan sekarang ini menunggu pembayaran balik cukai tersebut.
Mengikut LHDN, mereka menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai e-mel yang diterima oleh orang ramai from Tax-Payment@hasil.gov.my berkaitan lebihan cukai sebanyak RM700. LHDN mengingatkan bahawa e-mail tersebut adalah PALSU dan ianya tidak dihantar oleh LHDN.
Mengikut LHDN "Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my."
So hati-hati semua, sebagai pengguna yang bijak call LHDN dahulu dengan menggunakan nombor di atas sebelum membuat apa-apa tindakan, manalah tahu kot-kot e-mail tersebut ada virus ke, kita pulak kena bayar ke, then masuk dalam website yang tak betul, then data peribadi disalahgunakan atau sebagainya.
10 comments:
kat ofis saya pun dah war-warkan pasal ni...
berhati-hati :D
rasanya ada yang dah masuk website tue...
yer la, dapat Rm700
apa2 pun, hati2 kepada semua
thanks sbb share maklumat nih. Err..mak terselamat sbb gaji mak ciput..x kena cukai!! Ahak..ahaks..
Sharinginfoz: gud info!
Seyes tatau!
Ala..lagipun yang refund ceeeput jek.Hik3x
bahaya kan email2 skang banyak kes penipuan. huhu
lorh..kes macam ni pun ada.
thanks ye for sharing =)
i got my cheque already.NANG ME
oh, tahu dr kawan yang frwad semalam psl ni.
Post a Comment