Pages

Friday, July 9, 2010

Restoran Sekinchan Ikan Bakar @ Centrum Setiawangsa

Jom kali ini kita pi Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang beralamat di Centrum Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa. Kalau nak telefon bolehlah call 03-42515766 atau 012-6878455. Tempat ini terletak berhampiran dengan mini stadium.

Kita mula dengan minuman. Letak dua cukuplah ya. Yang ni milo ais @ RM2.00 dan jus tembikai @ RM3.50. Iced milo ni sedikit manis so bagilah rating 7.5 out of 10 dan tembikai just so-so, tak rasa sangat kepekatan air tembikai tapi oklah, 7.9.

Kita cuba ikan kembung @ RM6.00 ni. Memang not bad, dengan sos berlada dan keenakan ikan yang segar ditambah pulak dengan jus limau nipis ni. Boleh bagi A @ 8.5.

Kerang ni saya memang suka. Bayangkan ianya dibakar dan kesedapannya memang tak terhingga, of course dapat A juga @ 8.6. Ianya RM10 untuk setengah kilo.

Kalau nak sosnya, ianya didatangkan dengan 3 jenis, sambal belacan, sambal kicap dan juga sambal lada. So jangan risau pilihlah yang mana anda suka.

Ni first time kitaorang datang sini. Semua sekali RM35.70. Lain kali boleh cuba ikan bakar dan makanan laut yang lain.

So bila waiter datang, just order nasi dan air plus keropok kalau nak. Then pi kat tempat ikan sebelah dengan tukang masak tu, then pilihlah ikan or makanan laut yang anda nak. Harganya mengikut pasaran.


Ni antara ikan-ikan yang ada. Ada yang laut dan juga air tawar. So apa lagi bagi peminat ikan bakar, tempat ni perlu anda lawati. Environmentnya memang very conducive / selesa. Tapi rasanya boleh improve lagi in term of customer service, i.e. masa nak pilih ikan tu macam tak ada orang nak layan then bila mintak bill tak datang pun walhal dah disuruh so kenalah pi sendiri kat kaunter.

9 comments:

makdara TERDIVA said...

nyum nyum nyumm..

tersembur2 dah air liur tgk gambar kt cni..huhuu..lapaaaaar

velasrizal said...

memang berbaloi baloi..

eelobor said...

terima kasih bro, sbb aku peminat ikan bakar. mmg akan pegi cari tempat tuh. murah giler beb.....

Arina Hasikin said...

OMG! kerang bakar tu sangat menggoda! haha

LeOzyWaniE said...

menguji iman tul la post ni...nyum2....

|| NaFiRaa || said...

perghhh.. meleleh tgk kerang n ikan bakar.. :)

ardinihumaira said...

nyummmmmmm!!!


kecur air liur dni tengok makanan lazat2 ni.. kalaula dni dapat ke sana... ^___^

Kaseh NazLieza said...

wah..ikn bakar!!my favourite tuh..ehehehe

azzey said...

Sharinginfoz: sedap....blh cuba jg nih...