Pages

Tuesday, July 13, 2010

Jom Tengok Zoo @ Cinema

Baru-baru ni pi le TGV Wangsa Walk tengok citer zoo lakonan Lisa Surihani dan juga Lan Pet Pet. Tiket ni dapat free aja from Kosmo. Citer ni mengenai Lan bekerja di zoo dan diberi kebolehan untuk bercakap dengan haiwan.

Beliau dituduh mencuri binatang-binatang di zoo tersebut. So itulah secara ringkasnya, kalau nak tahu sinopsis cerita zoo dengan lebih lanjut tengok kat bawah ya.

Biasalah kan kalau pi cinema mesti beli popcorn. By the way, perlu ke bagi review mengenai citer ni? Tak payah le bagi rating, cukup saya cakapkan kat sini yang Afiqah masa dalam panggung wayang tu nangis, ingatkan apa sebab tak tahan dok dalam cinema tu dan nak balik then Danish pulak asyik tanya pukul berapa sekarang ni. Then satu lagi, cinema tu rasanya tak sampai 20% yang occupy the seat maybe sebab kami tengok pukul 11.20 pagi kot.


Sinopsis Cerita Zoo

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang gila-gila membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.

Menurut Shila, ramai pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.

Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.

Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.

Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.

Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.

Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?

23 comments:

lindaoff said...

Bestnyee dapat tiket pree.Kat TGV wangsa walk tu mahaii norr.13bucks!

Anonymous said...

errmmm..msti x best cter ni..huhu

Latest Entry : Pernahkah dan Tahukah Anda?

Eliss said...

alahai..bila kanak2 pun tak enjoy, maknanya tak best lah kan??huhuhu

Unknown said...

nmpak gaya bebudak tu, mcm citer ni tak best jer...seb baik tiket free huhuh

icee-yah said...

KNP..TAK BESH mov ni? DANSIH AND AFIQAH macam tak enjoy je tgk cerite tu?

Anonymous said...

nampaknya org tak berapa nak minat tengok cerita ni kan.

eelobor said...

anak masih kecik, banyak crita2 best terlepas tak boleh nak tengok. tngu anak dah besar sket

Lagenda said...

mak pun dah tgk citer nih..tunggu turn utk d publish!

ardinihumaira said...

whoaaa bestnya dah dapat tengok!

rasp said...

oh oh...petanda apakah ur kids tunjukkan tu...ermmmmm
lu pikir lah sendirik ek....

diraja22 said...

layan je..

velasrizal said...

haha tak lama lagi bdk2 tu blh jd pengkritik filem..

Sandwich Dalam Tin ?

Relevan said...

Ini cerita lawak ke?..sayang sekali kat tempat kome tiada panggung wayang..

namzanur said...

cerita ni boleh tahan gak....fun sgt...lan pet pet berjaya bawa watak ni:-D

eyriqazz said...

nampak macam menarik..tapi siapa nak jadi alisya?huhuhuhu....

Sharinginfoz said...

ada yang cakap menarik dan ada yang sebaliknya.... apa-apa pun why not u all try and tell me what do u think....

ENCIK TIKUS said...

bestnya ;P

azzey said...

Sharinginfoz: mcm x best jerk??? tgh tunggu MANTRA plak nih.....x sabor nk tgk!

Ida Sazarina said...

nampak mcm xest jew..
hehehe~~
paam2 jew la kan? :P

Anonymous said...

terasa macam nak bagi hadiah maya plak kat kamu... amik ler hadiah tu kat sini:D

Menderas said...

Dah lama aku tak ke pawagam nonton wayang. :D

Adziim said...

Tak sanggup nak try tngok movie ni.

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Tapi tengok cerita ni macam x best je..