- Malaysia (Azmi Muslim: 46")
- Arsenal (Thomas Eisfield: 86", Chuke Aneke: 87")
Berita baik untuk penggemar sukan bola sepak Malaysia. Malaysia mendahului Arsenal dengan 1-0 hasil jaringan cantik oleh Azmi Muslim ke arah kiri pintu gol Arsenal. Ada 45 minit lagi sebelum berakhirnya perlawanan persahabatan hari ini, 24 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Begitulah perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012 bagi separuh masa pertama.
Malaysia banyak membuat serangan dan sepakan Safee Sali sebelum berakhirnya separuh masa pertama dengan menggunakan kaki kiri ke arah pintu gol berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal. Sepakan leret Norshahrul Idlan Talaha pada minit-minit awal berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol.
Arsenal pula banyak mendapat peluang tapi gagal disempurnakan dengan baik terutamanya oleh Santos dan juga Chamakh. Kredit perlu diberi kepada penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias dan juga pemain-pemain pertahanan seperti Aidil dan juga Subramaniam. Penguasaan menyaksikan dengan Malaysia 49% dan Arsenal 51%.
Nak tengok video jaringan Azmi Muslim boleh tengok kat sokernet @youtube.
Kita tunggulah nanti keputusan perlawanan Malaysia vs Arsenal. Untuk keputusan terkini boleh check kat Akudansesuatuz @Keputusan Malaysia vs Arsenal Live 24 Julai 2012 (Perlawanan Persahabatan).
1 comment:
Sebagai peminat Arsenal, saya sangat gembira mereka datang ke Malaysia lagi tahun ni. Harap mereka akan muncul lagi tahun depan. :)
Post a Comment