Pages

Sunday, July 15, 2012

Ikan Siakap Masam Manis @Nasreen Seafood Restaurant

Masa pi Port Dickson sempat makan malam kat Restoran Nasreen Seafood. Ianya tak jauh dari Dataran Teluk Kemang.
Dalam banyak-banyak air yang kitaorang order, air asam boi yang terbaik. Secukup rasa. 
Memang telur dadar sudah menjadi kewajipan tapi ianya berminyak dan tidak begitu garing. Yang ni saya bagi rating 7.1 out of 10. 
Teka apa benda ni. Bukan cekodok le tapi sotong goreng. Hmmmmm, ni saya bagi 7.2 out of 10. Masih teringat makan kat Wan Thai Langkawi, telur goreng ngan sotong goreng memang sedap.
Sup ayam ni boleh tahan juga rasanya. Yang ni better daripada 2 menu tadi. Boleh bagi 7.5 ya.
Ikan siakap masak masam manis yang menyelamatkan makanan malam kat sini. Memang sedap dengan ikannya yang garing, tambah pula dengan sos yang perfect serta timun dan nenas. Yang ni boleh bagi 8.3 out of 10.
Harga kat sini memang berpatutan. 
Air pun tak maha;.
 Ni untuk peminat sotong.
So semuanya RM55. Memang berpatutan. So kalau pi lagi ke Port Dickson akan saya terjah lagi masakan Songkhla di Nasreen Seafood.

8 comments:

Errah said...

boleh tahan murah gak ea...aduh..xleh tengok gmbar makan-makan ni...sabo je lah..hehe

eelobor said...

dah lama gak tak makan ikan siakap atau kerapu yang di masak masam manis. maklum lah, 2 org jer... kalau order pun mesti tak habis makan lauk

Rara Nasiha said...

Ehhh, boleh tahan murah la. Not bad :)

Azman Roslan said...

bestnya.. lama tak makan sotong goreng tepung..

hazman aka species1980 said...

dari segi harga pada saya memang okey laa... cuma CEKODOK sotong tu patut diorang kasi kurangkan tepung la kan....

CIK TOM said...

terliur tgk siakap sweet sour tue..

Anonymous said...

oh slalu gak makan kat sini mase belajar kat poli...makanan dia ok la...kitorang panggil kedai ney songkla...baru perasan name kedai ni nasreen...hahahaha

abdullah sani said...

Mmg terbaik..!!sotong pedas petai paling sy suka disini..😉