Semalam hujan, hari ni cuaca ok so pi le kat Bazar Ramadhan di Taman Melawati. Seperti biasa, mesti ada kurma kan, bermacam-macam jenis.
Tidak sah kalau tak ada air, memang bila tengok pelbagai jenis air buah-buahan, tak tahu yang mana satu nak pilih.
Ikan bakar sudah pasti menjadi pilihan pengunjung di Bazar Taman Melawati.
Ni le senarai harga. Paling mahal kat sini ialah ikan siakap bakar @RM26 yang bersaiz besar. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan ikan siakap bakar @RM40 yang dibeli oleh eyriqazz di Shah Alam.
Sedap juga nasi ayam kat sini.
Roti boom kalau makan panas-panas mesti sedap. Ada yang 60 sen dan ada juga yang berharga RM1 sekeping. Yang mana lagi sedap entahlah sebab banyak gak orang jual roti boom kat sini.
Pernah tak cuba makan stew, ada ayam, daging dan juga seafood.
Alamak tak pernah pula cuba dim sum ni, sedap ke?
Masa kitaorang pi, benda alah ayam golek ni belum masak lagi.
Manis pula karamel ni.
Selera ke nak makan otak-otak ni?
Ayam bakar ni sedapnya, RM4 satu ketul dan kalau beli 3 ketul @RM11.
Roti jala ni sedap juga
Air kelapa ni sedap ni boleh hilangkan dahaga.
Pernah makan tak buah tanjung ni, ini namanya tahi itik kan?
Jom kita tengok apa yang dibeli. Pertamanya adalah nasi ayam, ni khas untuk Afiqah @RM3.50.
Pas tu beli ikan bakar siakap. Beli yang kecil RM22. Perah limau ni sedapnya.
Ni pula ayam bakar @RM4. Beli seketul cukuplah. Kan membazir pula banyak-banyak.
Air kelapa @RM3 sedap ni campur ngan ais. Tapi tak boleh selalu minum air berais kan?
Ini nampak sedap, harap-harap memang sedap le. Beli RM1 aja untuk 3 ketul.
Kari ayam ni satu bekas @RM5, bolehlah makan untuk berbuka dan sahur pagi esok.
Roti boom ni beli 2 biji @60 sen satu.
Ni yang jenis sausage pas tu potong-potong kecil @RM3.
So memang ramai betul, tapi nasib baik sebab pergi awal. Tak sangka member blogger eyriqazz pun pi sana hari ni. Bacalah tulisan bertajuk "(Gambar) Bazar Ramadhan Taman Melawati Ampang".
Anyway hari ni belanja lebih kurang RM40+ untuk terjah Bazar Ramadhan Taman Melawati.
18 comments:
mcm2 ada kt sini. kene pegi ni
banyaknya menu
macam2 ada tuh bro... fuhhh .. mengancam lak tue...
Panjg betul parking nak ke sinikan.dasat betul:-)
Wah!
Meriah tu!
Kalau ke sini jawabnye semua makanan tu saya beli.. HAHA!
~selamat menjalani ibadah puasa
geramnya tengok ayam golekt tu..kuih sekaya tu murahnya 3 singgit..kat tmpt errah 2 singgit.
perghhh...byk 2...murah lak 2 compare ngan kat tempat saya ni...ape lagi, esk p serang bazar melawati lak...heeee...
ikut nafsu semua mau beli hehe.
ramai benar yang datang.
kawan ni bukak gerai kecik depan rumah,ngantu nunggu. maklum la kampung kecik..
Itu buah tanjung. Buat guna telur kuning sahaja,tepung n gula.
Tahi itik warna putih, guna telur putih sahaja.
first time tengok bazar ramadhan jual dim sum.... memang ramai betul orang kat sini yea...
kasi dim sum laa satu bro!!
kat sek 7 shah alam, kembung tu rm4 ajer ikan bakarnya.besar jugak.
Tiap bazar ramadhan ada tarikannya yg tersendiri.
Cuma kena kuat iman ajelah gi bazar..tmbh2 lg kalo bawak anak yg belajar berpuasa. Semua dia nak borong!!
Wauuuu banyak gak berabes ye! Hehe... dim sum tu slalu ade jual kat psr mlm tp saya taknah terai. Sebab dia sedap kalau makan panas2 kan? So malas la nak beli sbb nak makan lambat hehe... ikan bakar tu cam mahal gak ye. Kat danau kota bleh dapat mula dari rm5 tapi xde yg cecah sampai rm20 ke atas. Tapi pe pun, PARAM Tmn Melawati mmg bz... sbb tu saya tak pernah sampai! Hehe...
My latest Entry :)
JJCM: Day 2 Ramadhan 1433
mcm best jew....blom pergi mna mna bazaar lagik...tunggu lew esok2...bila rajin kluar...hehehe....
waaa... semua nampak best kan, kalu camni cepat nipih ler poket ;)
Best..semua best.. Sya pegi bazar yg dkt area PJ jer. Tmn Melawati xpernah sampai. jauh. huhu
tertarik pd gambar kuih bulat2 oren tu. anda ckp buah tanjung tp tny plak tahi itik..persoalan nama lain pd jawapan yg sedia ada..hihihi..
Post a Comment