Pages

Sunday, July 15, 2012

Gara-Gara Jalan-Jalan Cari Makan @Tat Nasi Ayam di Wangsa Maju

Masih ingat lagi entri mengenai Tat Nasi Ayam @Jalan-Jalan Cari Makan hari ini, 15 Julai 2012?
Memandangkan tempat ni tak jauh so terus terjah. Memang ramai betul tengah menunggu nasi ayam, maklumlah tengah hot sekarang setelah keluar Jalan-Jalan Cari Makan. Anyway ianya terletak di Sri Rampai, Wangsa Maju.
Ni gambar yang diambil semasa kami dapat tempat duduk. 
Setelah sejam berada di Tat Nasi Ayam @Sri Rampai, Wangsa Maju, ayam dah semakin nak habis. Memang lama kitaorang berada di sini. Satu aja komen saya, service memang perlu diperbaiki, maybe hari ini tak boleh dijadikan pengukur memandangkan situasi luar biasa.
Nasinya memang sedap, kalau berkesempatan, saya akan pi lagi. Yang kelakarnya setelah 30 minit menunggu, boleh lak staff dia cakap bill yang kitaorang order hilang pula. Memang cukup tak berpuas hati. Tapi aiman tak kisah.
Ayamnya memang garing dan sedap. Nasib baik walaupun 30 minit menunggu, dapat makan dan ianya terus menawan hati saya. Memang hari ni tak putus-putus orang datang, tak kira untuk makan di sini or bawa pulang.
Anyway kitaorang order nasi ayam combo A untuk 2 orang, i.e. nasi ayam dua, ayam 1/4 ekor dan air buah-buahan 2 gelas. Ianya pada harga RM15. Actually kalau beli asing-asing harganya RM15.60, kalau tak silap. Tak banyak bezakan? Sambal lada dan kicap terus disiram pada ayam. 
Sup ayam pun memang sedap, sukar digambarkan dengan kata-kata. Anyway secara keseluruhan saya bagi rating 8.7 out of 10. 
Western food pun ada dijual di sini. Jom kita cuba fries.
Air tembikai memang superb tapi yang oren tu sedikit tawar.
Tanya staff Tat Nasi Ayam tadi, dia cakap kedai ni buka dari pukul 11 pagi hingga 2 pagi. So kalau tengah malam terasa nak makan nasi ayam, apa lagi pi le ke Sri Rampai, Wangsa Maju ya.
Kan saya cakap tadi makanan barat pun ada di sini.
Harga air pun berpatutan. So kalau berada pr tinggal di kawasan berdekatan apa lagi cubalah nasi ayam di Tat Nasi Aya. Jom terjah facebook @Tat Nasi Ayam.

11 comments:

Nur Fauzi said...

Saya pun ada tengok tadi kat tv3. rasanya antara faktor tempat tu jadi tumpuan adalah faktor harga. Harganya standard, mampu bayar kalau nak bandingkan harga makanan yang semakin meningkat naik. Harga sepinggan nasi ayam RM5, berbaloilah dengan rasa sedap.

icee-yah said...

ok.nnt boleh try.sbb dkt dgn umh kite kan:)

Errah Najwa said...

kalaulah dekat..pasti pergi jugak nih..nak nasi ayam..!

Azman Roslan said...

nampak cam sedap.. kena try ni..

Myvitrd said...

memang ada tengok tadi.. insyaallah ada masa nak test juga ni.. sejak tukar pengacara ni JJCM ni nampak bestlah.. hehehe

Mak Lagenda said...

Sedap yea Nik?? Okeh..nnt sinang2, mak terjah..

Anonymous said...

mmg dekat ngn rumah saya....
service pd weekend mmg agak slow ckit...

Juadah said...

Sya penah pegi yg cawangan di Alor Setar. Memang sedap. ayam dia di goreng garing...

Eliss said...

kat shah alam pun ada tapi tengok asyik penuh ajer. tak pernah try pulak !

Popsicle said...

Nasi Ayam Tat Cyberjaya jugak terbaik..sebab ada nasi ayam garing..lain tempat takde..maybe alor setar n SP ada kot?

Anonymous said...

nasi ayam terbaik di kl