Pages

Saturday, July 28, 2012

Lantai Nak Merekah?

Tadi selepas sahur, tiba-tiba dengar macam bunyi lantai macam nak merekah, risau juga. Takut-takut kejadian yang tidak diingini berlaku, minta dijauhkan. Anyway bila tengok kat jubin lantai tu macam bahagian yang mencantumkan jubin tu sedikit naik. Sorry kalau tengok kat gambar ni tak nampak.

Bila ketuk-ketuk jubin tu, bunyi macam bahagian dalam (simen) tu kosong aja. Nanti nak call management nak suruh diaorang check benda alah ni. Untuk pengetahuan saya tinggal kat high rise building dah masuk tahun ke-5.

Boleh baca di lowyat mengenai masalah rumah termasuk perkara yang berkaitan dengan crack. Ada juga kes begini berlaku di tempat lain, bunyi macam mercun pas tu jubin tercabut or retak @utusan.

Maybe yang ada info or pernah mengalami situasi macam ni, boleh bagi pandangan. Thanks.

Update: Check ngan management tadi, diaorang cakap kena suruh kontraktor tengok, jubin tu akan terkeluar tapi kes tu jarang berlaku di bawah developer dioarang, kadang-kadang aja. Tak ada le sampai lantai tu runtuh. Risau juga bermain di fikiran sebelum ni.

8 comments:

EMYR ASHRAFF said...

Uish! Bahaya tuh!

Anonymous said...

rumah sewa saya pun kene retak..naik keatas dah..dah rupa macam kek dalam acuan terlebih adunan he3..
mcm bunyi meletup sket je..bawah tempat crack tu kosong..nak bgtau tuan umah asyik tertangguh jer

HeNRieTTa JoSe said...

umah jiran pernah berlaku...bunyi mcm letupan, lpas tu tgk, jubin katin dan abis pecah....dia kata before tu mmg lntai nek sket....mnurut org yg buat tu....dia kata simen yg diguna tu, sedikit, jdnya tidak padat di bawah lntai...lebih lima thn, akn jd camtu....klu simen dh mmg pdat masa pembikinan, ok jew....

Psss...cuma dgr citer jiran...

Imanisa riana @ sarimah said...

Ini lagi bahaya dari kes akak yg terturun gaji. Mudah-mudahan dpt dibaiki kadar segera..melibatkan nyawa ni.

Sharinginfoz said...

thanks for sharing, bagus juga untuk pengetahuan semua

Anif Abdullah| AA said...

kena check cepat2 ni.. bahaya kut.huhu

Mohd Aslam said...

rumah sewa saya yg disewakan pada awek dah merekah dan pecah. dorang takda plak nk bgtau. hari tu dtg gk dah pecah. alaskan tikar je. nk tukar juga tu,tggu duit je... hehehe

ejaMaria said...

jangan risau sangat... yg retak tu jubin shj... insyaAllah... puncanya semasa pemasangan jubin tu, simen dia tak penuh... kemudian lantai konkrit juga bertindak balas bila cuaca panas dan sejuk - kembang dan mengecut tapi dlm nisbah yg kecil je... sebab tu bila mengecut, ianya memberi tekanan pd jubin lantai... dimana ada ruang udara kat situ la jubin akan pecah... jarang lantai boleh runtuh sebab lantai konkrit didalamnya disertakan besi... kalau runtuh mungkin ada punca kerana gempa bumi atau letupan gas atau bom... kalau dlm keadaan cuaca elok jarang berlaku lantai runtuh... insyaAllah...

kalau dinding yg retak lebih-lebih lagi pada garisan penyambungan tiang utama... ha... yg tu bole risau kalau-kalau dinding runtuh... tapi kadang-kadang ada juga dinding yg retak sebab kemasan cat yg salah semasa aplikasi... bukan bata rosak pun... kalau rumah berhampiran dgn highway lagi la - gegar bila lori lalu... pun bole menyebabkan retakan juga... ;p

apa-apa pun bagus kalau panggil kontraktor dan repair semula jubin tu... tp biasanya diorg akan ignore je... diorg akan kata 'takde apa-apa'... ;p