Pages

Sunday, July 29, 2012

Juadah Berbuka di MZ Darulnaim @Kampung Baru

Terasa nak makan masakan Kelantan? Apa kata singgah le di MZ Darulnaim untuk membeli juadah berbuka. Ianya berdekatan dengan KL International Hotel, area Kampung Baru.
Tahu tak kuih apa ni? Kalau tak siap orang Kelantan panggil mek bab. Entahlah betul ke tak main hantam aja le.
Yang ni pula pulut seri kaya telur. Memang rupanya nampak sedap. RM1 sepotong, memang banyak gak portionnya.
 Yang ni lompat tikam. Entah apasal diaorang panggil ngan nama ni. Kalau tak silap RM3 satu bekas.
Kuih bingka, macam bunga pula rupanya.
Pelbagai jenis agar-agar ada. Pilihlah yang mana berkenan di hati.
Akok pula dijual pada harga 50 sen sebiji.
Pengat pisang pun sedap tapi nampak macam manis aja.
Ayam bakar @ percik ni dijual pada harga RM5 sepotong. 
Lauk pauk memang banyak di sini. Banyak yang jenis bersantan.
Kalau yang minat ngan ulam, kat MZ Darulnaim ni boleh didapati ya.
Inilah ayam percik yang siap dibungkus. Ada yang 2 ketul, 3 ketul dan 4 ketul. 
Lagi lauk pauk dan juga sayur-sayuran.
Akhirnya untuk yang suka nasi kerabu boleh beli benda alah ni. So kalau nak rasa masakan Kelantan boleh cuba kat MZ Darulnaim berdekatan KL International Hotel @Kampung Baru.

15 comments:

eelobor said...

kuih tuh di panggil nekbat yang diperbuat daripada tepung beras & telur.

Hazmin said...

takut nak makan kuih2 tu sebab semestinya manis2...

daddydee said...

Memang MZ terbaik. Memang best. Berbuka kat situ pun banyak lauk yang best. Terasa cam dok kelate pun ado.

HeNRieTTa JoSe said...

teringat ada org request kueh akok smlm....kt cni ssah nk cr....huhuhu....

madkie said...

bestyerr...
xsabaar nak berbuka nie...
hahaha

Errah Najwa said...

uishh..tu semua feveret i tu..nekbat tu sian mek bab dapat nama..hehe..kuih bingka ek?i pggil kuih bakar jer..

skulluv said...

lompat tikam terbaik.hehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kak Mirror teringin nak makan Akok Durian, nampak itu ari YM Raja Perempuan Kelantan buat dlm rancangan sajian istana kat tv.

♥fie yasmin♥ said...

nekbab tu sedaaapp.. yang bunga tu saya panggil akok bunga

Eliss said...

tu nekbat nama dia :) hehehe

aduhai, sedapnya juadah !

Nadot said...

Mekbab tu nampak mcm manis sangaat...rendam dlm air gule eh tu?
first time dengar ni... :)

hazman aka species1980 said...

perghhh.... semuanya kuih manis la bro... memang sinonim ngan menu orang kelantan kan

Juadah said...

Dulu masa kerja kat Jln Sultan Ismail, selalu benar beli juadah di MZ. Memang best giler.. ayam percik, daging bakar, ulam rebus. huh.. byk makanan lazat. Org kat kedai dia sentiasa penuh.

ebizon9 said...

wah...kalau dah banyak lauk mcm ni dah xtahu nak pilih yg mana satu.. semuanya nak....

Mak Lagenda said...

Bab ulam2 tu mmg menarik. Leh beli utk buat ulam2 masa berbuka tu kang