Pages

Thursday, July 14, 2011

Gambar Sekitar Perlawanan Persahabatan Arsenal Lawan Malaysia 13 Julai 2011 @Stadium Bukit Jalil

Rasanya ramai dah tahu yang Malaysia kalah 0-4 kepada Arsenal di dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam, 13 Julai 2011. Bagi saya yang penting Malaysia sudah menimba pengalaman yang berharga menentang salah satu kelab gergasi England. By the way, gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Ramsey (5": penalti), Walcott (37"), Vela (58") dan Rosicky (90").

Pendapat Arsene Wenger mengenai Malaysia"

"They were mobile, motivated and well-organised defensively. I would say they lacked offensive power as a team but they were very interesting. Their transition from defence to offence was very quick and good but in the final third you could see there was a big difference between the two teams."

Secara ringkasnya: Kita punya bahagian pertahanan memang bermotivasi dan teratur terutamanya pada separuh masa pertama. Tetapi kita mempunyai banyak kelemahan bahagian serangan. Counter attack memang cepat terutamanya bagi saya Kunanlan.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa menonton perlawanan yang menarik ini, Just nak cakap ada 18 gambar kat sini. By the way, nak baca ulasan mengenai perlawanan malaysia lawan Arsenal, boleh terjah kat akudansesuatuz. Kalau nak tengok sedutan kat youtube, jom kita godek.

Memang cukup sesak di dalam stesen STAR Bukit Bintang. Dipenuhi dengan peminat-peminat Arsenal dan Malaysia.

Keluar aja dari stesen, memang cukup meriah dengan penjual-penjual yang memperagakan perlbagai barangan untuk pengunjung.
Peminat-peminat mengambil masa untuk berjalan-jalan sebelum perlawanan dimulakan.



Di samping, barang-barang berkaitan dengan bola, jam tangan juga boleh diperolehi di sini.
Kalau nak mencuba nasib pun boleh, sama ada anda hebat atau tidak menjaringkan gol dengan menendang masuk bola dalam lubang. Ada hadiah yang menanti tetapi nak masuk kena le bayar RM2 untuk 3 tendangan ya.

Memang cukup meriah dengan khemah-khemah yang didirikan.

Gerai KFC juga ada tetapi Kelantan Fried Chicken ya dan bukannya Kentucky Frid Chicken. Ramai juga pengunjung yang mencuba. Jom kita tengok menu apa ada kat sini.
Antaranya cendawan goreng berempah, wedges goreng berempah dan ayam goreng + kentang goreng.

So saya cuba benda alah ayam goreng 2 ketul dengan fries @RM6. Not bad juga rasanya.

Ramai yang menunggu di pintu masuk. Maybe masih menunggu kedatangan kawan-kawan sebelum masuk ke stadium.

Inilah barisan pemain-pemain Malaysia, satu aja yang saya pelik penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak diturunkan pada perlawanan permulaan dan dimasukkan pada separuh masa kedua.

Arsenal pula tidak menurunkan Robin Van Persie, Arshavin dan Nasri pada separuh masa pertama dan of coure mereka juga bermain pada second half untuk memberi peluang kepada peminat-peminat Arsenal di Malaysia.

Mengikut website Arsenal, stadium dipenuhi oleh 70,000 dan majoriti memakai jersi Arsenal. Lebih kurang 80%. Memang betul ramai yang tak pakai jersi Harimau Malaya dan itu tidak melunturkan saya yang memakai baju biru kebangaan Malaysia walaupun saya penyokong Arsenal lebih 10 tahun yang lalu. Alamak sekarang ni batuk-batuk dan pedih tekak asyik menjerit semalam.

Part yang 70,000 tu tak sure le tapi saya rasa more likely separuh, maybe dalam 50,000 orang?

Bukan sekadar rakyat Malaysia, penonton setia dari Indonesia, Singapura dan juga warganegara asing yang lain.

Ini sedikit gambaran mengenai warming-up sebelum memulakan perlawanan yang dilakukan oleh pemain-pemain Malaysia.

Arsenal juga memanaskan badan melakukan dengan pelbagai posisi dan cara.

Percubaan kapten Malaysia, Safiq Rahim mengenai benteng yang dibuat oleh Arsenal. Nak juga tengok kepakaran Safiq merembat masuk tendangan percuma kali ini seperti yang dilakukan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Arsenal mendapat penalti yang pertama pada minit ke-4 apabila Aidil Zafuan membuat tackle ke atas Wilshere. Gol disudahkan oleh Aaron Ramsey.

Secara keseluruhan terdapat banyak kelemahan Malaysia terutamanya dari segi confident level, passing bola dan pengawalan bola yang tidak kemas. Tetapi yang penting pengalaman ini dapat digunakan untuk menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Singapura pada 23 Julai 2011 dan di Malaysia pada 28 Julai 2011.

Bagi pasukan Arsenal pula, memang memberi peluang kepada Arsene Wenger mencuba pelbagai strategi dan pemain-pemain muda untuk memanaskan badan sebelum musim depan EPL. Harap-harap Arsenal boleh menjuara sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

18 comments:

eelobor said...

yang penting masa lawan singapore nanti. ini sekadar perlawanan perniagaan yang tidak menjanjikan apa2 ranking fifa

Noriz said...

semangat betul abg.Nik sokong team mlsia, tapi dah boleh agak akan kecundang kan...hihi
nasib baik takde mercun ek :)

Matjoe said...

janji dpt tgk team yg kita sokong main

Awan Fantasia said...

terbaik..tengok live streaming lagi best..huhu

TERBAIK SAAT INI!!:
UMNO Sudah Mengambil Alih KFC Holding??
VIDEO JARINGAN MALAYSIA VS ARSENAL!!

amirah said...

bro nik, sy cuma harap malaysia menang game dgn singapore je nanti.rasa berdebar dgn game tu.harap dgn game2 dgn kelab2 inggeris ni team malaysia dapat ambil strategi cara permainan dorang

faiz said...

best dpt tgk live depan mata..dekat tv xde live hampeh btol..

afiqazizan said...

diharapkan nanti masa liverpool lawan malaysia..ramai yang pakai jersi malaysia...fiq pun kalau ade tiket untuk liverpool lawan malaysia..pasti fiq akan utamakan pakai jersi malaysia..walaupun fiq sokong kelab liverpool.

HaiDa HiDa said...

pengalaman berharga tuk semua player menghadapi singapore nnti..

Penggemar Coklat said...

walaupun mengecewakan tp sekurangnya dorang dpt pengalaman bermain dengan kumpulan antarabangsa..ye dak??

=)

Zik said...

patutla semalam tak update pasal game.. kat blog nie.. rupanya pergi stadium.... stadium pun ramai fan arsenal.. nanti liverpool taktahu lah pulak..yang penting dapat sedikit pengalaman

Hans said...

ramai kan semalam
meriah betul
apa2pun xsabar tunggu Malaysia lawan Liverpool

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

velasrizal said...

siot btol vela menganjing apek je keje dia

missnadira said...

nice review. sy pun pakai baju biru malaysia semalam walaupun sokong arsenal dr high school.

tapi pada saya tak salah pun kalau pakai jersey arsenal. kita pergi bukan nak sokong mana2 team. kita pergi sbb excited nak tgk player2 Arsenal main depan mata. Itu sebab ramai yg pakai baju Arsenal. It doesn't makes us less Malaysian if we wore Arsenal jersey.

Tengokla semalam everytime player Malaysia beraksi satu stadium sorak. Walaupun 80% pakai baju Arsenal.Itu maknanya the Malaysian still have Malaysian spirits. We support both teams last night.And it was great.(^_^)

Nizam Ijam said...

sedey sebab kalah..hu2


” Nizam Ijam Dot Com”

pRiNCe said...

hye..prince dtg mlawat..ni 1st time smpai sini..salam perkenalan ye..harap dpt bgi tunjuk ajar..:)

[ Info IT ] Hati-hati Jika Guna PC Di Cyber Cafe

Niena Pengembara Ilahi said...

best nye dpt tgk.. walau Malaysia tewas tpi tetap sokong Malaysia :D

KiD said...

tuuu dia.. orang kuat Arsenal dah masuk stadium.. hehhee
Backlink FREE Untuk Blogger | Bantuan Segera Diper...

Bella Enveeus said...

Best game ni.. Tapi part kena boo tu yang kureng sikit.. Nak buat camne la kan, dah memang org tu ada masalah lutut.. Haih..

You datang awal ke?