Pages

Saturday, July 16, 2011

Sokong Pemain-Pemain Malaysia, Jangan Ejek Mereka: Malaysia vs Liverpool

Hari ini, 16 Julai 2011, perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malaysia lawan Liverpool akan berlangsung pada pukul 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Memang tidak dinafikan ramai penyokong The Reds di Malaysia dan sudah tentu mereka akan pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini memandangkan inilah kunjungan pertama Liverpool ke Malaysia.

Cuma satu aja saya mahu daripada peminat-peminat di Malaysia, kalau boleh bagi sokongan yang padu kepada pemain-pemain Malaysia dengan memakai jersi Malaysia. Kalau nak pakai juga jersi Liverpool, that's fine tapi bila pasukan Malaysia bermain dan buat silap jangan ejek mereka sepertimana di perlawanan Malaysia vs Arsenal.

Kalau kita tak sokong pasukan Malaysia, siapa lagi nak sokong. Ini sangat penting bagi perkembangan sukan bola sepak di Malaysia dan mereka perlukan our support terutamanya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura nanti.

So sokonglah pasukan negara dalam perlawanan Malaysia lawan Liverpool petang ni. Dengar khabar ada live kat Astro @Arena 801, betul ke?

9 comments:

Bo the Nerd said...

Betul tu. Kita kena sokong pasukan negara walaupun dgn siapa kita lawan. Tahun lepas Singapura dah kena (http://redsports.sg/2009/07/29/liverpool-singapore-football-2/), jangan jadikan benda ini terjadi kepada pasukan kita.
Banggalah menjadi penyokong Harimau Malaya!

http://boisanerd.blogspot.com

Anonymous said...

http://wanwidget.com
konfem arr aku sokong malaysia petang nih

Mak lagenda said...

sokong..jgn tak sokonggggggg!

syuwai said...

sya sokong dua2x..hehehe

Unknown said...

oh sya mesti pilih, eh salah!
saya mesti sokong!

klu kalah je baru ejek...hehehehe

Zura Tahir said...

kalah menang adat bertanding...ape nk ejek2...bkan senang bila dh ade atas padang..lg plak drg berlawan ngan gergasi bola sepak..take as an experience je..

Fikri Rais said...

Malaysia tetap dihatiku, Tanah Tumpah Darahku !!! tapi p stadium petang ni nk tgk Liverpool gk. :)

Awan Network said...

Aku sokong Malaysia !!


PALING SENSASI ABAD INI!!:
LADY GAGA PAKAI.....KONDOM!!
ISU MAKCIK HINA ISLAM!!

nur said...

betul tu SIZ..
SEKARANG KAT CH801..
GO MALAYA GO.. THE BLUES HARINI MEREKA..