Pages

Sunday, July 3, 2011

Malaysia vs Taiwan: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014: Pusingan Pertama Timbal Balik (3 Julai 2011)

Malaysia vs Taiwan: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014: Pusingan Pertama Timbal Balik (3 Julai 2011)
MALAYSIA 2-3 TAIWAN (Gambar-gambar perlawanan) (NAK MENANG IPAD2?)
  • 94": Tiupan wisel oleh pegadil menyaksikan Malaysia layak untuk ke pusingan seterusnya

  • 93": 1 minit lagi untuk rakyat Malaysia bergembira

  • 92": Sepakan Matyo dari sebelah kiri terkena tiang gol. 2 minit yang lama untuk Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya

  • 90": Masa sebenar sudah tamat dan 4 minit masa tambahan diberi oleh pengadil Vietnam

  • 87": Larian Fakri terus ke dalam pintu gol tapi dibantes oleh pemain Taiwan, dan beliau terjatuh BUT tidak diberi sepakan penalti

  • 86": Hantaran lintang oleh pemain Taiwan dapat disambut tetapi tersasar

  • 85": Hantaran Shahrul kepada Chanturu tersasar dari pintu gol

  • 85": 5 minit lagi, sepakan dari tepi kiri pintu gol Taiwan oleh Safiq berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol

  • 81": Satu serangan oleh Xavier menanduk bola dengan baik tetapi dapat ditangkap oleh Sarbinee. Malaysia perlu mengawal bahagian tengah dan melakukan serangan!!!!! Come on Malaysia, attack, attack, attack

  • 80": Tinggal 10 minit lagi sebelum berakhirnya perlawanan. Malaysia perlu mengekalkan kedudukan ataupun menjaringkan gol jika mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

  • 76": Pertukaran untuk Malaysia, Fakri dan Muslim dibawa masuk manakala Abdul Hadi dan Fadhli dibawa keluar

  • 74": Xavier yang baru sahaja mendapat kerakyakan Taiwan menjaringkan gol dengan menendang ke arah kiri sudut atas pintu gol

  • 72": Sarbinee dikenakan kad kuning kerana berlaku pelanggaran dengan pemain Taiwan. Penalti ketiga untuk Taiwan

  • 67": Sarbinee menyelamatkan bola dengan menangkap kemas tetapi sebab jatuh dengan tidak begitu baik, beliau mengalami kecederaan

  • 65": Amirulhadi dikeluarkan dan Chanturu dimasukkan. Saya memang tak faham mengapa Amirulhadi dikeluarkan kerana beliau bermain dengan cukup baik

  • 63": Sarbinee sekali lagi menyelamatkan keadaan dengan tangkapan kemas. Mana ni asyik menyerang aja Taiwan, Malaysia perlu melakukan serangan juga

  • 62": Sepakan penalti dapat diselamatkan oleh Sarbinee dengan merebahkan badan ke sebelah kanan dan menepis bola dan ditangkap kemas oleh beliau. Terima kasih Sarbinee

  • 60": Fadhli Saas dikenakan kad kuning kerana menarik baju pemain Taiwan dalam kotak penalti. Taiwan mendapat sepakan penalti

  • 55": Percubaan cantik oleh Taiwan dari luar kotak penalti dapat ditangkap kemas oleh Sarbinee

  • 52": Hantaran silang Taiwan dapat dikeluarkan oleh pertahanan Malaysia

  • 49": Amirulhadi mendapat bola yang dihantar dari jauh tetapi dapat dibantes oleh pertahanan Taiwan, sepakan sudut untuk Malaysia. Sepakan penjuru tidak membuahkan hasil setelah dapat dikeluarkan oleh Taiwan

  • 48": Serangan Taiwan melalui hantaran jauh tetapi Sarbinee keluar dan menumbuk. Anyway pemain Taiwan sudah berada di dalam kedudukan offside

  • 46": Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan Taiwan membuat pertukaran penjaga gol. Malaysia masih layak jika Malaysia kalah 2-3 kerana mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan. Tetapi kita mahu menang malam ini

  • Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia 2-2 Taiwan. Jangan lupa yang belum sembahyang, tunaikan kewajipan anda. Jumpa lagi dalam masa 15 minit!!!!

  • 45": Sepakan oleh Amar Rohidan di laur kotak penalti sedikit tersasar di bahagian tepi kanan pintu gol. 2 minit masa tambahan

  • 43": Chang Han menjaringkan gol kedua untuk beliau dan juga Taiwan.

  • 42": Tackle oleh Mahali dalam kotak penalti memberi kesan yang negatif kepada Malaysia setelah Taiwan mendapat penalti

  • 39": Sepakan yang sangat cantik oleh kapten pasukan, Safiq Rahim, yes yes yes, gol kedua untuk Malaysia. Sebelum ini pun pada perlawanan pertama Safiq dan Aidil menjaringkan gol

  • 38": Sepakan percuma untuk Malaysia setelah Hadi dijatuhkan, kita tunggu siapakah yang akan mengambil sepakan ini?

  • 36": Nampaknya Baddrol dan Fakri sedang memanaskan badan, adakah akan berlaku pertukaran bagi bahagian penyerang

  • 30": Taiwan mendapat gol penyamaan oleh pemain jersi nombor 7, Chang Han, setelah sebelum itu Sarbinee berjaya menepis keluar tetapi bola datang kembali

  • 29": Hantaran yang sangat cantik oleh Amirulhadi dari sebelah kanan ke Matyo yang tidak dijaga dalam kotak penalti tersasar di atas palang gol. Sepakan yang tidak begitu tajam

  • 24": Sepakan menarik oleh Abdul Hadi tetapi dapat ditangkap oleh penjaga gol Taiwan. Ini yang kita mahukan, dapat bola terus shoot jika dalam keadaan baik. Perlu banyak lagi menguji Po Cheng. Tak perlu banyak passing kalau peluang terbuka

  • 22": Safiq membuat hantaran kepada Amirulhadi tetapi tidak berjaya kerana Amirulhadi sudah berada di kedudukan offside

  • 17": Malaysia melakukan counter attack tetapi hantaran Amirulhadi sedikit kuat tak dapat dikejar oleh Kunanlan, terus ditangkap oleh Po Cheng

  • 16": Taiwan mendapat sepakan percuma setelah berlaku clash dengan Aidil. Sepakan just outside petak penalti terkena benteng dan Taiwan mendapat sepakan penjuru dan ditumbuk oleh Sarbinee

  • 15": Taiwan menyerang lagi dan Sarbinee menangkap dengan baik

  • 12": Satu percubaan yang baik oleh Kunanlan, Malaysia mula menyerang tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol Taiwan, Lin Po Cheng

  • 10": Sarbinee dapat menyelamatkan dengan dakapan yang kemas, memang cukup tenang mengawasi gawang

  • 7": Aidil menjaringkan gol yang sangat cantik dengan sepakan percuma jauh di luar kotak penalti, memang international standard. Pemain berjersi nombor 7 menjaringkan pada minit ke 7

  • 5": Sudah 5 minit permainan menyaksikan Taiwan lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan dan sepakan percuma di luar kotak penalti. Penjaga gol Malaysia, Sarbinee dapat mengawal dengan baik

  • Permainan baru sahaja bermula

  • Perlawanan akan bermula sekejap lagi. Pemain-pemain Malaysia adalah Sharbinee, Mahali, Asraruddin, Fadhli, Aidil, Safiq, Shahrul, Amar, Hadi, Kunanlan dan Amirulhadi. Malaysia menggunakan jersi warna kuning. Pengadil malam ini adalah dari Vietnam
Previous Entry
Sebelum ini pada perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia, Malaysia menang 2-1 lawan Taiwan di Stadium Bukit Jalil. Hari ini, 3 Julai 2011, Malaysia akan bermain di Taiwan dan sepak mula akan berlangsung pada pukul 7.00 malam (waktu Malaysia dan Taiwan sama aja).

Bagi peminat-peminat bola sepak di Malaysia, ianya boleh ditonton secara live melalui Astro Arena channel 801 dan RTM2. Kemenangan atau seri adalah yang kita nantikan kerana ini akan melayakkan Malaysia ke pusingan kedua menentang Singapura yang mendapat bye pada pusingan pertama.

Kita tak nak kalah 0-1 kerana Taiwan akan meneruskan cabaran melalui kelebihan gol di tempat lawan. Tetapi kalau kita kalah 1-2, permainan akan diteruskan ke masa tambahan dan kemungkinan sepakan penalti. Apa-apa pun harap Malaysia menang.

Di antara pemain-pemain yang menjadi tumpuan malam ini adalah:
  • Khairul Fahmi: penjaga gol yang bakal diturunkan, sebelum ini tidak bermain akibat kecederaan. Beliau sudah tidak asing di kalangan peminat-peminat. Mempunyai ketangkasan bagi menjaga pintu gol.

  • Norshahrul Idlan Talaha: Penyerang yang tidak bermain sebelum ini. Beliau mempunyai rembatan yang tepat dan banyak membantu rakan-rakan lain mengumpan bola dan boleh menjaringkan gol dari segala sudut. Nama gelaran Matyo.

  • Abdul Hadi: Penyerang yang dimasukkan sebagai pemain gantian sebelum ini dan banyak membantu dalam bahagian serangan. Gol pertama Malaysia jaringan Safiq Rahim adalah hasil gerakan beliau. Gandingan dengan Matyo sudah pasti mengerunkan Taiwan.

  • Safiq Rahim: Seorang kapten yang sangat baik untuk Malaysia dan menjaringkan gol buat Malaysia dan membantu Aidil Zafuan dengan tendangan sudut yang cantik. Juga seorang pemain tengah yang boleh digunakan untuk serangan dan pertahanan.

  • Aidil Zafuan: Pemain pertahanan yang terbaik bagi Malaysia. Dapat mengekang pemain-pemain lawan dan juga boleh digunakan untuk membantu bahagian serangan.
Sama-samalah kita nantikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Taiwan malam ini.

2 comments:

Syafiq said...

hai..nice blog! Feel free to follow..mekaseh =)

http://www.duniakiesya.blogspot.com

Anonymous said...

yup..jom kita tengok ramai2 perlawanan malaysia lawan taiwan petang ini..malaysia bolehhhh!!!..(: