Pages

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Malaysia Lawan Liverpool: Walaupun Kalah Malaysia Berjaya Jaring 3 Gol

Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia lawan Liverpool yang berlangsung pada pukul 6.45 petang sudah tamat. Malaysia kalah dengan 3-6. Tahniah juga kepada Malaysia kerana telah berjaya menjaringkan 3 gol. Gol bertaraf dunia hasil sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim @video youtube, ala-ala David Beckam dan dua gol lagi oleh penyerang sensasi Malaysia yang berhijrah ke Pelita Jaya, Safee Sali.

Manakala 6 gol Liverpool dihasilkan oleh pemain yang baru sahaja dibeli oleh Liverpool, Charlie Adam melalui sepakan penalti, Maxi Rodriguez (2 gol), Dirk Kuyt dan David Ngog (2 gol). Secara keseluruhan, Malaysia telah sedikit sebanyak memperbaiki bahagian serangan jika dibandingkan dengan perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini. Tetapi perlu menguatkan bahagian pertahanan jika ingin mara ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014. Kena hati-hati lawan Singapura 23 Julai 2011 nanti.

Apa-apa pun, dengan keputusan Malaysia lawan Liverpool, ia sedikit sebanyak mengubat duka peminat-peminat Malaysia yang ingin menyaksikan jaringan.

4 comments:

yangbaik said...

Malaysia Boleh!

KiD said...

tahniah Malaysia!

afiqazizan said...

tahniah pada pasukan malaysia kita..satu keputusan yang tidak mengecewakan.

mohdyunos said...

tahniah...