Pages

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Malaysia @2 Julai 2011

Hari ini, 2 Julai 2011, kat seluruh sekolah di Malaysia diadakan larian 1Malaysia. Kalau tak silap kena habiskan 1.5 kilometer. Memandangkan tiada tempat untuk lari so larilah kat padang sekolah.

Bukan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah pun join sama larian 1Malaysia. Maklumlah sekolah rendah dan menengah bersebelahan dan berkongsi padang.
Memang mula-mula semua laju, lepas itu slow aja, apa nak buat kena habiskan 4 pusingan untuk cukupkan 1.5km. Apa-apa pun, memang enjoy tengok larian 1Malaysia. Tak tahu pula ibu-bapa boleh join, kalau tak sudah tentu ambil bahagian (saja aja nak cari excuse le ni).

Oppppsss, cikgu pun kena lari tapi nampak gaya ramai gak yang dok atas padang rather than kat track. Maybe nak perhatikan anak-anak murid.

Selepas lari, apa lagi Afiqah makan bihun sup, one of her favourite food. Layan ajalah Afiqah. Nak ambil gambar Danish tak sempat, mana le dia lari.

Sebahagian murid-murid menjamu selera setelah kepenatan menyudahkan larian 1Malaysia. Apa-apa pun, memang satu inisiatif yang bagus untuk kesihatan. Kalau tak silap zaman dulu-dulu ada diaorang buat larian desa. Zaman sudah berubah sekarang ni semua 1Malaysia, lari pun bersama-sama di seluruh Malaysia.

7 comments:

velasrizal said...

lari paling tak baik ialah lari dari rumah

monica said...

sekolah saya pon ada larian ini pada pagi ini & saya sempat jogging bersama2 dgn pelajar..hehehe..memang best event ini.. =)

Geng Borak said...

adeehh.. lama aku tak lari2 nih..
BE Nuffnang ke11 tahun 2011

toyolkiut said...

zaman TK skola dulu, bab merentas desa paling liat nk ikut..
penat..
dh tua2 ni, lg malas nk lari2, tu yg gemuk semacam je.
hehe..

Kak Aya said...

anak kak aya tak dpt join larian ni hari ni sebab demam dan lelah.

Unknown said...

ptut la pg td nmpak rmai bdk skolah pkai bju sukan..

hazman aka species1980 said...

ramai gak staf company saya tak dapat join family day sebab temankan anak untuk larian 1 malaysia