Pages

Friday, July 8, 2011

Menu 1Malaysia: Sarapan Pagi RM2 dan Makan Tengah Hari RM4

Update: Jom tengok menu 1Malaysia

Mengikut laporan The Star, rakyat Malaysia kini boleh bersarapan pagi dengan harga maksimum @siling RM2 dan makan tengah hari dengan RM4 setelah pelancaran Menu 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Julai 2011.

Menu Rakyat 1Malaysia ini boleh dinikmati di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia. Program ini dilakukan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia makan di luar.

Tak sure lagi makanan apa yang boleh kita nikmati dengan RM2 bagi sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari. Maybe selepas ini, kalau sesiapa yang berkesempatan makan Menu 1Malaysia boleh kongsi pengalaman.

So far tak boleh bagi apa-apa komen sebab tak tengok lagi makanan apa dan tak sure premis mana yang menyertai Menu 1Malaysia.

15 comments:

eelobor said...

nak tunggu gak apa dia punya menu tuh

Fikri Rais said...

gud idea.. tp pelaksanaan harus ikhlas dan x disalahgunakan

Roadblock Bersih 2.0

cikguden said...

banyak jimat nie

Anonymous said...

restaurant dekat mana

Lin Azlina said...

kalau ada kat kuantan nanti nak tryla menu tu...apalh agaknya erkkkk

KiD said...

menu apa yea... ada kat TTDI tak? heheeh
Tiga Income dari Blog

nev said...

sarapan: kueh+air kopi
lunch: nasi+ayam goreng+air sirap

ejaMaria said...

klu dah buat kempen mcm ni... kantin sekolah pun kena murah lagi la jadi nye... :)

n@m@n said...

jangan byk bhn dikurangkn sudahla..hehe

nurayunni said...

leh saving..bgus2!

Noriz said...

di seluruh malaysia ke?
bagus ni..

My Little Diary said...

wah bagus tu....

RM2 apa bole makan ye?
roti canai + teh 0 saja kot...hehe

kalau gitu, ok sgt lah tu...

sahromnasrudin said...

sekali lagi rakyat luar bandar dikesampingkan huhuhhh

Zura said...

menu pun ada 1 malaysia jugak..

Nzyrahun said...

xsabor den nak tahu hehehe