Pages

Tuesday, July 12, 2011

Best Gak Cerita Harry Potter And The Deathly Hallows Bahagian 2 @Akhir 3D

Cerita Harry Potter And The Deathly Hallows Bahagian 2 adalah sambungan bahagian 1 yang ditayangkan November tahun lepas. Cerita Harry Potter ini adalah yang terakhir dan peminat-peminat setia boleh tengok secara 3D, memang lebih real daripada sebelum ini. Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang atas movie ini yang bertempat di GSC 1 Utama.

Saya berkesempatan untuk menonton Harry Potter And The Deathly Hallows dua hari sebelum ianya ditayangkan di seleuruh Malaysia iaitu 14 Julai 2011.

Inilah Harry Potter semasa kecil di mana keluarga beliau telah diserang dan dibunuh oleh Voldemort.

Kisah kali ini diteruskan dengan pengembaraan Harry Potter dengan sahabat-sahabat beliau, Ron Weasley dan Hermione Granger. Mereka perlu musnahkan kesemua Hocruxes (artifak) bagi melemahkan kuasa Voldemort memandangkan sebahagian kuasanya telah dipindahkan ke dalam artifak tersebut. Inilah salah satu artifak yang Harry Potter dan geng sukar memperolehi.

By the way, setelah kematian pengetua Albus Dumbledore yang dibunuh oleh Severus Snape dalam kisah yang lepas, Snape pula menjadi pengetua Hogwarts, sekolah ahli sihir. However, Snape terpaksa melarikan diri setelah Harry Potter kembali ke Hogwarts dan tenaga pengajar dan murid-murid menyokong Harry Potter.

Setelah itu, Voldemort dan pengikut-pengikutnya menyerang kubu sekolah bagi mencari Harry Potter dan sesiapa yang membantu beliau akan dibunuh.

Buat pertama kali, professor Hogwarts, Minerva McGonagall begitu teruja menggunakan sihir @jampi untuk "memanggil" askar-askar yang kuat bagi mempertahankan Hogwarts dari diserang oleh Voldemort dan sekutu.

Inilah di antara askar-askar Voldemort yang bersedia untuk menyerang Hogwarts. Hogwarts telah dilindungi dengan jampi akhirnya berjaya juga digempur oleh Voldemort dan berlaku peperangan yang sangat besar.

Inilah di antara scene yang menunjukkan Ron dan Hermione berhemps puls untuk mengalahkan ular, Nagini iaitu salah satu daripada Hocrux.

Pada akhir pertarungan di antara Harry Potter dan Voldemort, siapakah yang menang. Ikutilah kisah seterusnya di pawagam. By the way, not bad juga tengok Harry Potter And The Deathly Hallows Bahagian 2 iaitu cerita yang terakhir. Tetapi satu aja, dalam pertarungan saya expect lagi banyak adegan-adegan yang lebih menarik.

11 comments:

amirah said...

ee...nak tengokkkk...tertunggu2..

Geng Borak said...

eh... dah kuar dah?? bestnyaaaaa
Melayan Karenah Anak

Mak lagenda said...

hurmm..mak tak sempat tgk lg citer ni

Kembang Perawan 3288 said...

yes book tiket sabtu ni. jom2

Imran@Copenhagen said...

in 3D mesti lagi best!

Anonymous said...

dah lama sangat fiq tak tengok filem harry potter..hehe.

Adziim said...

hbt 2 hari awal tu...standard la kot, ni cerita target untk family rasanya, aksi nak letak banyak sngt tak boleh jgk,nmpk ganas.

Murni Alfathunnisa said...

owh..owh..bilakah baru ku berkesempatan merembat tiket nya..huhuhu

Anonymous said...

http://wanwidget.com/
wah, nanti aku nk layan lah

Amir Khairuddin said...

waaaa...nk tgk nk tgk...

hazman aka species1980 said...

whoaaa.....bro dapat tengok PRESS SCREENING yea...bertuah laaa