Pages

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura: Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua Timbal Balik 28 Julai 2011

Malaysia vs Singapura: Kelayakan Piala Dunia 2014 Pusingan Kedua Timbal Balik 28 Julai 2011
Malaysia 1-1 Singapura (Gol Safee Sali)
  • Permainan tamat dengan Malaysia 1-1 Singapura dan Singapura layak ke pusingan ke-3 dengan aggregate 6-4.

  • 93": Fakri dilayangkan kad kuning ke-2 akibat pelanggaran dengan Jumaat Jantan dan seterusnya dilayangkan kad merah dan keluar padang

  • 90": 5 minit masa tambahan tetapi permainan terhenti akibat kecederaan pemain Singapura. Penjaga gol Singapura dilayangkan kad kuning akibat melambat-lambatkan permainan

  • 89": Gerakan cantik oleh Fahmi menyelamatkan keadaan setelah Qui Li melepasi pertahanan Malaysia, 1 lawan 1

  • 87": 3 minit lagi dan hantaran dihantar kepada dua pemain Malaysia di hadapan pintu gol, Amirulhadi dan Safee Sali melakukan gerakan akrobatik tetapi tak mengena bola

  • 85": Pemain Singapura jersi nombor 2, Safuwan cedera. Ramainya pemain Singapura cedera

  • 83": Kad kuning untuk Fakri akibat pelanggaran dengan penjaga gol, terbaring di atas padang, tidur ajalah kat padang tu

  • 81": 9 minit lagi, macam sudah diagak, seorang lagi pemain Singapura dibawa keluar, sakit ke????

  • 76": Tinggal 14 minit Malaysia menggandakan serangan untuk mendapatkan gol

  • 72": Syi Jiayi menjaringkan gol penyamaan untuk Singapura dan dengan itu Malaysia memerlukan 2 gol

  • 70": Tinggal 20 minit lagi untuk Malaysia menjaringkan satu gol lagi untuk melayakkan ke pusingan ketiga

  • 67": Pemain Singapura Jumaat Jantan cedera, tak sure sama ada disengajakan atau tidak. Fakri dimasukkan menggantikan Abdul Hadi. Pertukaran terakhir untuk Malaysia

  • 62": Ismail Faruqi dikeluarkan akibat kecederaan dan Gurusamy menggantikan beliau

  • 56": Gol yang ditunggu-tunggu oleh Malaysia muncul setelah Safee Sali menjaringkan gol cantik hasil hantaran baik oleh Kunanlan. Gol Safee Sali video at youtube

  • 48": Fadhli Shas melakukan kesilapan di hadapan pintu gol Malaysia tetapi dapat diselamatkan oleh Fahmi

  • 47": Shaiful Esah adalah pemain Singapura yang ke-3 dikenakan kad kuning

  • 46": Separuh masa kedua bermula dengan sekali lagi Fahmi menyelamatkan keadaan dengan merebahkan badan

  • 45++": Permainan tamat separuh masa pertama dengan Malaysia 0-0 Singapura. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Pemain terbaik so far ialah penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Bosan-bosan jom tengok Proton Saga FLX baru dan Playbook

  • 45+": Fahmi menyelamatkan keadaan arising from tandukan pemain Singapura yang cantik

  • 45": Masa tambahan 3 minit diberikan

  • 44": Qui Li seakan-akan melambatkan permainan dan tidak dapat dipimpin dan diusung keluar. Tetapi setelah aja berada di luar padang, OK aja Qui Li

  • 39": Sepakan penjuru yang ke-3 dapat ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 38": Sepakan percuma di luar kotak penalti sebelah kiri diambil oleh Shaiful Esah direct ke pintu gol dan ditepis cantik oleh Fahmi. Sepakan penjuru dikeluarkan oleh Kunanlan

  • 36": Shi Jiayi terbaring di atas padang just outside kotak penalti Malaysia dan diusung keluar

  • 34": Sekali lagi sepakan percuma dan kali ini diambil oleh Ismail Faruqi sangat cantik tetapi tidak dapat disambut baik oleh pemain Malaysia. Kelihatan penjaga gol terbaring di atas padang setelah berlanggar dengan pemain Malaysia

  • 33": Sepakan percuma Safee Sali di luar kotak penalti sebelah kiri gagal menembusi pertahanan Singapura

  • 32": Sepakan percuma Malaysia ditangguhkan akibat pancaran sinaran laser ke atas penjaga gol Singapura

  • 31": Pemain bernombor 16, Daniel Bennet dilayangkan kad kuning akibat membantes kasar ke atas Kunanlan

  • 29": Malaysia sekaran dalam keadaan menyerang tetapi sukar untuk membolosi bahagian Singapura, pengawalan bola, Malaysia 53%:47 Singapura

  • 26": Sepakan percuma mengenai benteng dan lantunan bola diambil oleh Amirulhadi pula gagal membuahkan hasil

  • 25": Amirulhadi ditackle dan Malaysia mendapat sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol

  • 21": Aidil Zafuan kemungkinan ditukarkan dengan Muslim Ahmad. Memang sah akibat Aidil mengalami kecederaan

  • 20": Sudah 20 minit permainan, Singapura menguasai permainan dengan Malaysia banyak melakukan pertahanan akibat serangan manakala bahagian tengah tidak begitu berfungsi dengan baik

  • 14": Gawang Malaysia diserang lagi, macam mana dua pemain Singapura dapat terlepas dari perangkap offside dan Fahmi terpaksa bekerja keras untuk menjaga pintu gol

  • 12": Aidil kelihatan tidak begitu sembuh dan mendapat rawatan di luar padang dengan balutan di bahagian lutut

  • 9": Pelanggaran Aidil dengan Duric dan Singapura mendapat sepakan percuma dan memang satu tangkapan yang sangat cantik oleh Fahmi yang mana tiada pemain-pemain pertahanan mengawal beliau. Mana ni defenders

  • 5": Fadli Shas membjuat terjahan terhadap Qui Li dan sepakan percuma tersasar dan gagal disempurnakan oleh Safuwan yang berada di hadapan pintu gol

  • 4": Kunanlan mendapat hantaran cantik dari Safee Sali gagal menyempurnakan di hadapan pintu gol

  • 3": Shi Jiayi berjaya mengucar-kacil pertahanan tetapi rembatan tersasar tinggi

  • 2": Pengadil dari Jepun melayangkan kad kuning kepada Shi Jiayi setelah mengasari pemain pertahanan Malaysia

  • 1": Tangkapan pertama penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sungguh kemas dan menghantar bola ke bahagian atas

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia kelihatan tenang mengawal bola

  • Stadium dipenuhi dengan penyokong-penyokong Malaysia yang memakai baju kuning. Pemain-pemain Malaysia menggunakan jersi biru manakala Singapura pula berwarna merah. Jom tengok senarai pemain-pemain Malaysia dan Singapura
Previous Entry
Malam ini, 28 Julai 2011, perlawanan timbal balik pusingan kedua Malaysia vs Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. Bagi penggemar sukan bola sepak, ianya boleh ditonton secara live melalui Astro Arena 801 pada pukul 8.00 malam (perbincangan), manakala di TV1 pada pukul 8.30 malam.

Malaysia perlu menang dengan perbezaan gol dua jaringan setelah Malaysia kalah 3-5 lawan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura. Harap Malaysia menang 4-1 malam ini. Sudah tentu ingin melihat Safee Sali, Khairul Fahmi, Aidil Zafuan, Amirulhadi dan Abdul Hadi. Harap perlawanan timbal balik pusingan kedua ini memberi kelebihan kepada Malaysia bermain di Malaysia di hadapan lebih 90,000 penonton, rata-rata rakyat Malaysia.

5 comments:

velasrizal said...

harap2 safee skor lagi mlm ni

Relevan said...

Malaysia boleh !..

JMR said...

aku menunggu 2 gol ni!!!!:-)

miss nina said...

seri akhirnya tapi kalah agregat.
2nd half baru team msia ada peningkatan. KFCM memang keeper yang steady malam tadi.

amal said...

frust tak dapat tengok live semalam. ape2pun tahniah Harimau Malaya :) Kalah pon takpela...