Pages

Wednesday, July 13, 2011

Harga Emas Naik Paras Tertinggi Dalam Sejarah 12 Julai 2011 @USD1,562.30

Mengikut, UPI.com, harga emas yang didagangkan di New York Merchantile Exchange telah naik USD13 kepada USD1,562.30 satu auns (RM152.21 per gram) pada sesi penutup 12 Julai 2011. Kenaikan ini didorong oleh kelemahan mata wang USD dan juga kerisauan pelabur-pelabur mengenai hutang di negara Eropah dan terbaru ialah Itali.


Jom kita tengok harga emas KFH pula. Bagi tahun 2011 sehingga 13 Julai 2011, kenaikan bagi harga belian dan jualan untuk satu gram adalah:
  • Harga belian telah naik sebanyak 8.9%, iaitu RM137.00 pada 3 Januari 2011 berbanding RM149.14 pada 13 Julai 2011
  • Harga jualan telah naik sebanyak 10.1%, iaitu RM143.20 pada 3 Januari 2011 berbanding RM157.61
  • Anyway setelah mengambil kira spread (perbezaan harga belian dan jualan), kenaikan sebenar adalah sebanyak 4.1% dalam masa lebih kurang tujuh bulan. Ini bermakna, ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan simpanan tetap pada kadar kurang 3.5% setahun. Tetapi kena ingat melabur dalam emas ni risikonya lebih tinggi, dan ada naik dan turun.

7 comments:

Eliss said...

untung laa siapa yang ada banyak emas yer.kat ofiz ramai duk meniaga dinar emas .

Awan Network said...

time nie sapa banyak duit boleh la beli

PALING SENSASI ABAD INI!!:
ISU MAKCIK HINA ISLAM!!
MAYA KARIN DILACURKAN!!

LiFe KaMi said...

setakat ni kami melabur gold passport je,
belum tepikir lagi nak beli emas fizikal,
itu pun beli utk simpan lama2,
ingat ada duit lbih nant nak main emas fizikal ..

Geng Borak said...

naik lagi.. huhuhu.. kekadang terdengar pekedai emas merungut sebab takde orang beli. huhuhu
Tunaikan Hajat Moyang ILHAM

Mak lagenda said...

Naik lg?? Alhamdulillah..

toyolkiut said...

alahai..
klau la dekat2, mau je TK jumpe sdara nk mintak khidmat nasihat ttng pelaburan ni..

Niena Muhammad said...

harga emas skang ni mmg mendadak naik ^^

nk tgk turun susah bebenor