Pages

Saturday, July 9, 2011

Jom Makan Kek Baskin Robbins @Jusco Setiawangsa

Baru-baru ini sempena hari jadi my daughter, Afiqah beli sebiji kek kat Baskin Robbins, Jusco Setiawangsa. Nak cuba kek aiskrim pula, biasanya kat Secret Recipe. By the way kek ni, perasa strawberry @RM55, campur ngan tax 6%, RM58.30.

Not bad juga, tapi manis gak benda alah ni. Yang kek tu biasa aja, cuma yang bezanya ada aiskrim kat tengah tu. Danish cakap kecilnya kek ni. Kalau beli yang besar dok dalam peti sejuk berhari-hari, kalau size ni untuk 4 orang just nice le, sekali makan habis terus.

Kalau berdasarkan rasa, for me, just OK aja, rating bagi 7.8 out of 10.

Kotak dia memang comel gak. Hmmm, memandangkan kek ni ada aiskrim, diaorang letaklah ais kering kat tepi kotak tu bagi mengelakkan cair cepat. Hati-hati dengan ais kering tu, kalau pegang macam pedih sikit.

Jangan risau barang-barang Baskin Robbins ni ada pengesahan halal oleh The Islamic Food And Nutrition Council of America. Makanlah tanpa was-was ya.

Memang cukup menarik hiasan dalam kedai Baskin Robbins ni.

Inilah antara kek yang ada kat sana hari tu. Kalau tak silap yang size besar tu RM88.

Bagi penggemar aiskrim pula, macam-macam saiz dan jenis ada. Pilihlah yang mana berkenan. Tengok le harganya.

Tak cukup yang atas tadi, tengok yang ni pula.

7 comments:

aque said...

argh.. saya mahu BR juge... har har har....

icee-yah said...

mmg sedap ni..nyum nyum

Mak lagenda said...

nnt mak nk try beli jugak la kek tu. Mcm sedap jer..

velasrizal said...

mmg comel kek tu

hazman aka species1980 said...

Kek aiskrim lebih sedap rasanya ....sejuk je bila makan kek tue...

amirah said...

eskrim BR best..sedappp

Mooniqueen said...

Baru beli khamis lepas eskem kek BR for ayah...amek yg size 6-8 serving.. Penah gak dulu beli yg utk 3-4 serving tak cukup... Nasib baik sedap so tak terase la sgt mahal ya tu.. Sekali sekala bolehlah...