Pages

Wednesday, July 6, 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011 dan Abdul Hadi Yahya Pemenang Kasut Emas

Tahniah untuk Kelantan setelah buat pertama kali dalam sejarah menjadi juara Liga Super. Kelantan merupakan negeri yang ke-6 memenangi Liga Super. Kemenangan 2-1 lawan Sabah di tempat lawan sungguh bermakna buat Kelantan. Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha @Matyo dan satu gol Sabah dijaringkan oleh Razlan Oto.

Manakala Abdul Hadi Yahya dari Terengganu mendapat kasut emas setelah menjadi penjaring terbanyak @20 gol manakala Matyo mendapat 19 gol. Apa-apa pun, jangan bersedih penyokong-penyokong Kelantan dan juga Matyo kerana beliau banyak berbakti untuk Kelantan bagi menjulang piala Liga Super buat kali pertama dalam sejarah.

I am sure bagi Matyo kemenangan Kelantan lebih bermakna daripada anugerah untuk diri sendiri. Memang musim ini (2011) sangat baik untuk Kelantan dan semoga bermain dengan lebih baik di musim hadapan dan juga semoga sukan bola sepak lebih diminati oleh rakyat Malaysia. Jangan lupa Malaysia akan menentang Arsenal, Liverpool dan juga Chelsea dalam perlawanan persahabatan. Di samping itu skuad senior kebangsaan dan Olimpik berjaya mara ke pusingan seterusnya.

4 comments:

Roti Telur said...

tahniah kelantan dan hadi yahya..gomo kelate gomo :-))

Geng Borak said...

tahniah biat kelantan.. dpat jugak juara..
Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

hazman aka species1980 said...

arinie nak tunggu undian untuk skuad olimpik malaysia pulak....

amirah said...

tahniah kelantan..terubat luka..heh