Pages

Thursday, July 7, 2011

Hati-Hati Dengan Handphone @GPRS

Boleh dikatakan sekarang ni semua telefon mempunyai GRPS (General Packet Radio Services). Ianya membolehkan antara lain pengguna access internet dengan kelajuan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan WAP (Wireless Application Protocol) yang mana macam dial-up.

Anyway apa yang saya nak share hari ini ialah bila ada GRPS yang mana termasuk kemudahan internet dan juga MMS (Multimedia Messaging Service) seperti boleh menghantar dan menerima pesanan bergambar dan juga suara.

So hati-hati dengan anak-anak yang mana bila tekan icon "bumi" terus masuk ke internet dan yang tak seronoknya bayaran untuk benda alah ni mahal, i.e. 10 sen /10kb, so kalau dengan sengaja atau tak sengaja guna benda alah ni, ianya boleh mencecah ratusan ringgit.

Macam kes saya, sebelum ini bil bulanan telefon bimbit antara RM50-RM60 tapi meningkat lebih RM100 since kos GRPS sahaja RM46.30. So call khidmat pelanggan diaorang cakap tak boleh cancel internet sebab benda tu dah ada dalam telefon dan kena pi kat kedai telefon.

So maybe ada yang pernah mengalami kes macam ni, apa lagi jom share le.

14 comments:

Miecyber said...

Peringatan yang baik....

Berjaga jaga sebelum terkena....

Blog Baru >> http://savebudget.net

sisdee said...

pernah tapi nasib baik saya pakai prepaid. Masa tu saya baru topup RM50 dah sangat terkejut bila duit tiba-tiba tinggal 2.30 jek. masa tu mmg tau le anak tertekan internet :(

bil lagi sakit sebab tak perasan kan :(

amirah said...

huhu...bahaya kalau tertekan

Geng Borak said...

tak perasan lak camtu.. so far, key pad lock semua.. camner ek? ni untuk smartphone je ke?
Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

miss nina said...

banyak juga sekali charge dalam bil.
yg prepaid pun apa kurangnya, bila tertekan tu.. cepat je abis kredit

Mak lagenda said...

Mak pun pernah gak terkena gitu. Gatal sgt tgn ni usik itu ini kat hp baru beli..last2, padan muka sendiri!!

Top up RM 50 sekalip mata kena telan. Then top up lagi rm 30, langsai!! Tingal 2-3 hengget je baki bila time sedar tu.

Isk..kemudahan ni ada yg memudahkan, ada yg menyusahkan gak!

Fiza Rahman said...

Slalu gak tertekan, trus susut duit.

Nur Fannun said...

block je gprs setting utk internet..

Khaisya said...

selalu kena..

baru2 ni kena jugak..setiap kali received mms, kredit sendiri kena deduct..xtau sebab ape..

Anne said...

good info. tks 4 sharing :)

Myvitrd said...

benda2 macam ni memang kekadang tak perasan..

gr@wn said...

memang x patut la sistem charge internet tu. Melampau-lampau. Ambil kesempatan kat pengguna betul.

Pernah tertekan internet, setakat gi google je pun, baru keluar perkataan je kot, dah telan berpuluh ringgit kredit. Memang tipu gila.

Cuba report persatuan pengguna pasal kes ni. Melampau sangat. Penipuan yang teruk.

icee-yah said...

betul tu.nak bagi budak2 main hp sekarang kan.

eelobor said...

huhuhuh.....beberapa sebelum nie anak kawan selalu dok main youtube dekat phone umie dia. selalu bil bulanan melebihi RM100-130. pastu kawan set off (manual), beli ipad bagi muaz tengok youtube 24 jam. huhuhu, abis citer