Pages

Friday, July 22, 2011

Malaysia Kalah Tipis 0-1 Lawan Chelsea

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana kalah tipis 0-1 kepada Chelsea, salah satu daripada pasukan terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris. Malaysia mempamerkan permainan yang sangat baik jika dibandingkan dengan perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Arsenal dan Liverpool.

Pada perlawanan kali ini lawan Chelsea the only goal dijaringkan oleh Didier Drogba melalui sepakan percuma dan gol tersebut menjadi kontroversi @video di youtube (sokernet) kerana tidak begitu jelas yang ianya melepasi garisan gol.

Malaysia juga mendapat banyak peluang terutamanya hantaran cantik oleh Irfan Fazail tetapi tidak dapat disempurnakan oleh Thamil Arasu. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemain Malaysia terutamanya penjaga gol, Farizal Marlias yang berjaya mengekalkan rekod bersih sebelum beliau ditukarkan dengan Mohd Izham Tarmizi.

12 comments:

Geng Borak said...

Malaysia boleh!!!

Esempoi said...

memang kena ada gol line technology lepas ni

Anonymous said...

tahniah pada pasukan pilihan malaysia tadi..dan juga kagum dengan kecekapan goalkeeper malaysia farizal marlias.

ejaMaria said...

yerr... sedia utk jumpa skuad singa hujung minggu ni... ;p

sahromnasrudin said...

wan zack haikal superb la...

Mak lagenda said...

Mak sentap x mo tgk bola sb x bley tgk hantu susu mlm td..hahahaha

rasp said...

syabas malaysia...
a gud experience utk dorang nie...

hazman aka species1980 said...

Player chelsea kata diorang tak tahan cuaca malaysia -PANAS- katanya kata DROGBA yang berasal dari IVORY COAST ....hehehehe

amirah said...

best gila team malaysia main.semangat abis.lagipun semua dpt peluang main kan..bagus dpt experience gini

Eliss said...

patut bergegar rumah aku malam tadi budak2 bujang rumah bawah, tepi, atas duk bersorak sakan..aduhaiiii

MrJocko said...

Kalau Malaysia main cam ni time lawan Singapore, sure bleh menang,,,

Bella Enveeus said...

gol yang tak patut gol.. walaupun saya rabun jauh tp mmg obviously tak gol!

dan alasan malaysia panas adalah alasan bods sekali.. bknnya dorg ni dok kat luar bawah matahari pun.. mana2 pergi dalam tempat aircond.. kat padang tu mlm2, ada gak angin walaupun org ramai.. cehhh