Pages

Wednesday, July 27, 2011

Cantik Betul Duit Syiling Baharu Malaysia

Pada awal tahun depan, 2012, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling baharu (ingat yang bukan baru sebab maknanya berbeza) untuk edaran kepada orang ramai. Anyway kalau yang nak tengok dengan mata sendiri boleh beli kat Bank Negara Malaysia HQ dan cawangan mulai 26 Julai 2011.

Memang sungguh cantik, lebih kecil, ringan bagi memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling peringatan (Commemorative Coins) ini dikeluarkan sebanyak 500,000 set pada harga RM10.

Kat depan duit tu bermotifkan 50 sen (sulur kacang), 20 sen (orang asli), 10 sen (bunga melur) dan 5 sen (destar siga). Di samping itu, ada 14 titik melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara (kecuali 50 sen).

Kat belakang duit syiling pula ada motif Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, tahun dibuat, nilai duit syiling dan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".

Apa lagi jom pi terjah Bank Negara Malaysia untuk memperoleh duit syiling baru (oopppppsss baharu). In the mean time, tengoklah gambar-gambar ni ya sebelum anda dapat tengok di depan mata.

21 comments:

icee-yah said...

MMG NICE KAN:)

CIKGU NAMAN said...

wah..memang cantik..nampak moden..

Geng Borak said...

awalnya diorang bawak keluar untuk edaran.. karang ader je stiling palsu.. susah mau bayar parking.. hhooho

~aSHa~ said...

baru jelas skit...tgk kat paper tak jelas...

tq for de info

sahromnasrudin said...

mmg cantik banget

Hime said...

kenapa baharu bukan baru?
comel duit syiling tu..macam coin nak main game kat jusco kids..hehe

Unknown said...

mesti ringan mcm duit 200 rupiah indon nie...anyway satu pembaharuan....

Mak lagenda said...

tunggu ajelah dpn mata nnt

P/s: Klu beli syiling peringatan tu, ada nilai ke klu kita nak jual blk d tahun2 mendatang?

amirah said...

yg 50 sen tu cantik..

hazman aka species1980 said...

kalau diorang keluarkan bulan pose nie boleh la buat duit raya kan....

Awan Network said...

untuk koleksi je ke atau ntuk kegunaan?..kalau tak keberatan,letak blog saya di bloglist blog ini kerana saya sudah lama letak link blog ini di blog saya dan saya pembaca setia blog ini.. ^_^

Terhangat Dari Oven :
Kawasan Melihat Anak Bulan Bagi Seluruh Malaysia !!
Penjelasan PDRM Mengenai Isu baharuddin Ahmad!!

Hans Hanis said...
This comment has been removed by the author.
Hans Hanis said...
This comment has been removed by the author.
Eliss said...

cantik sungguh. jangan sayang nak pergi beli sudah :)lmbt plak 2012.

miss nina said...

memang cantik la design syiling ni. sure ramai yang berpusu-pusu ke sana nanti

*∽ IZAN ∽* said...

wah cantek cantekk..! eh ni mmg akan ganti syiling sekarang kah..?

iza said...

Assalam..
Ingatkan dah keluar, boleh buat duit raya...

eelobor said...

memang cantik lah bro....

Anonymous said...

suka dengan duit syiling baru ni..nampak cantik..(:

Sharinginfoz said...

Hime: mengikut DBP, Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll.

lagenda: in term of nilai tak sure le ianya lebih kepada kenang-kenangan

hazman: ok juga bagi duit raya 50 sen

awan fantasia: yang ni untuk koleksi sebab ianya dah ada special packaging, anyway dah letak dalam bloglist

hans: apa kata kita ramai2 pi ke bank negara, semuanya 500,000 set mesti semua berpeluang

izan: ya betul bermula awal tahun depan

ahmadhiSyam said...

Entri ni saya pilih untuk Entri Menarik Bulan Ini #2

happy blogging!