Pages

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia Menang 2-1 Menentang Taiwan: Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014

Malaysia memperoleh kemenangan 2-1 menentang Taiwan hari ini, 29 Jun 2011. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-28 manakala gol kedua oleh pemain pertahanan, Aidil Zafuan pada minit ke-54.

Di saat Malaysia begitu gembira mendahului 2-0, Malaysia "didenda" dengan jaringan pemain Taiwan, Po Liang Chen pada minit ke-76 akibat sedikit kelalaian di bahagian pertahanan.

Sudah tentu permainan pada hari Ahad nanti di Taiwan begitu mencabar bagi Malaysia kerana 1-0 sudah cukup untuk Taiwan melayakkan ke pusingan seterusnya. Apa-apa pun Malaysia sudah bermain dengan baik dan tahniah di atas kemenangan malam ini.

6 comments:

Hakim Mahmud said...

haha..nasib gol 1 je..kalau tak mesti..down semangat..

Geng Borak said...

jadik laaa.. tahniah skuad Malaysia...!!
Tips Aku Dapat 7 Earning Grapevine

Anonymous said...

yup betul tu..ape2 pun tahniah pada pasukan malaysia kita..dorang dah wat yang terbaik..kita tetap harus sokong mereka.

rasp said...

tahniah buat malaysia...
hope masa kat sana, they'll do their best...

Ayie said...

kamon malaysia.. terus menggomol..!! hahaha

amirah said...

tak paham la nape kalo dah lead je mesti main bertahannn je..tak berani dah nak serang ke? adoi la nya punnn..