Pages

Saturday, June 18, 2011

Malaysia vs Myanmar: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 18 Jun 2011

Malaysia vs Myanmar: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 18 Jun 2011:
MALAYSIA 2-0 MYANMAR
  • Permainan tamat dengan Malaysia mendapat kemenangan setelah menewaskan Myanmar dengan 2-0 dan pada malam ini pemain terbaik adalah Baddrol Bakhtiar. Tahniah buat Malaysia

  • 75": Ketiadaan Aidil di bahagian pertahanan menyaksikan, kawasan Malaysia sedikit terdedah kepada serangan. Aidil diusung keluar akibat kecederaan dan ianya boleh dikatakan agak serious

  • 54": Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua untuk Malaysia setelah sepakan Abdul Hadi Yahya dari sebelah kiri tepi pintu gol gagal dikeluarkan dengan sempurna oleh pemain Myanmar dan Baddrol mengambil peluang tersebut dengan sepakan kencang ke arah pintu gol

  • Separuh masa pertama tamat dengan Malaysia 1-0 Myanmar

  • 27": Amirulhadi Zainal menjaringkan gol untuk Malaysia setelah hantaran Baddrol Bakhtiar gagal ditanduk keluar oleh pemain Myanmar dan kesempatan itu diambil oleh Amirulhadi untuk memberi gol kelegaan untuk Malaysia

    Setelah 27 minit, permainan dikuasai oleh Malaysia tetapi padang yang basah dan sedikit becak merencatkan permainan. Pemain-pemain Malaysia yang bermain dengan aktif adalah ketua pasukan Safiq Rahim banyak membuat hantaran yang cantik dan juga Aidil Zafuan banyak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Penjaga gol, Sarbinee banyak melakukakn kesilapan namun pemain-pemain pertahanan dapat mengawal dengan baik

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia memakai jersi berwarna biru manakala Myanmar berwarna merah
Previous Entry
Hari ini, 18 Jun 2011, pasukan bola sepak skuad Malaysia akan menentang Myanmar berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kelantan pada pukul 8.45 malam. Inilah kali pertama perlawanan antarabangsa di stadium negeri.

Bagi yang tak dapat pergi ke stadium, ianya boleh ditonton secara live di Astro Arena channel 801 bermula 8.30 malam.

Sama-samalah kita nantikan keputusan Malaysia vs Myanmar. Selepas menjadi juara Asian Football Federation (AFF) Suzuki Cup pada bulan Disember 2010, skuad kebangsaan Malaysia tidak pernah kalah. Semoga rekod bersih Malaysia tidak tercalar malam ini.

Skuad Malaysia berada di tangga ke-143 dunia manakala Myanmar pula 24 tangga di bawah Malaysia.

Malaysia mengharapkan penyerang berbisa Terengganu Abdul Hadi Yahya untuk memikul tanggungjawab menjaringkan gol memandangkan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mengalami kecederaan manakala Safee Sali pula mempunyai komitmen di kelabnya, Pelita Jaya, Indonesia.

5 comments:

Scorpio Warrior said...

all d best for malaysia!!

velasrizal said...

hadi tu terer gak so xriso sgt

shahjiehan said...

boleh menang ke???? hahaha

Geng Borak said...

tahniah Malaysia!! menang deh..
Gambar Bapa Mithali | Selamat Hari Bapa 2011

eelobor said...

malam nie skuad olimpik lak