Pages

Saturday, June 25, 2011

Jom Singgah di Masjid Kampung Berchang, Kuala Lipis

Baru-baru ini balik ke Kelantan, from Kuala Lumpur-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu. Setelah beberapa kali berhenti berhenti di Masjid Kampung Berchang, Kuala Lipis.

Memang senang kan, banyak masjid yang ada di sepanjang jalan. Masa hari tu, tak nampak orang berhenti kat sini, mungkin ianya waktu kerja dan bukan masa perayaan. Kalau tidak memang ramai. Sebelum ini, berhenti kat masjid kat Raub, penuh dengan orang.

Masjid Kampung Berchang ni menyediakaan parking yang luas, sesuai untuk yang nak balik kampung singgah di sini untuk mengerjakan solat ataupun berehat ataupun buat apa-apa yang patut setelah penat memandu.

Afiqah dan Danish pun suka, maklumlah dalam kereta beberapa jam juga. By the way, perjalanan keseluruhan from Kuala Lumpur to Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 8 jam, 3 petang-11 malam.

Memang saya secara jujurnya tak suka memandu waktu malam, bosan dengan jalan yang tak ada lampu dan silau dengan cahaya lampu kereta yang datang dari arah bertentangan. Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya, jangan fikir nak cepat aja dan jangan emosi sangat di jalan raya serta memotong dengan berhati-hati.

8 comments:

rasp said...

kalo jalanan yg belum biasa..
mmg lebih suka travel pagi..
leh enjoy perjalanan tu...
tapi kalo jalanan yg dah biasa...
prefer travel malam...

faiz said...

sekarang ni dah mudah nk berjalan kan...masjid banyak dah dibina...

SyUhAdA said...

lmanya..
8 jam..
msti lenguh2 bdn..

eelobor said...

balik kampung ker bro?

icee-yah said...

first time guna jln tu prgi kelantan hritu.prefer guna jaln ganu:)

mrsid said...

aku tak perasan masjid nie kat mana bro..selalu aku kelik kelate singgah masjid penjom jer..itu klu travel pagi dr kb..klu balik dr kl aku prefer awal pagi yakni pukul 3 atau 4 pagi..solat subuh di masjid raub..huhu..pagi make nasi belauk di gua musang..

amirah said...

8 jam..perghhh..selalu camtu gak..kalau balik dr melaka ke kuala kangsar, perak dlm 5-6 jam gak la..tu belum campur kalo ada jem lagik

Ianputeri said...

Ada tak jumpa nenek yg sangat tua yg tinggal kat masjid tu? Ada info tak pasal nenek tu? Misteri la
. ..