Pages

Thursday, June 2, 2011

Jom Makan Nasi Padang di Minang Saiyo @Taman Melawati

Kepada pengemar nasi padang apa kata cuba di Minang Saiyo yang bertempat di Lot 17-A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Ianya terletak di hujung sekali.

Hari tu beli bungkus. Menunya, nasi putih, ayam goreng, paru goreng (2 keping), ikan masin gelama goreng dan pegedil. Pada harga RM7.60, ianya agak resonable. Suka paru yang garing dan nipis. Bila kunyah memang sedap.

Ayam goreng rasanya tak berapa rempah maybe sebab goreng kunyit biasa kot tapi nasib baik ada ikan kering bolehlah menambahkan rasa. Kuah tak rasa sangat kot, entahlah maybe sebab tak letak banyak sangat kuah dan sambalnya pun sama, maybe next time kena letak lebih sikit.

Overall bolehlah cuba sesuatu yang berbeza. Kalau ikut rating saya bagi 7.8 out of 10. Kalau nak dibandingkan dengan retoran depan Sogo, susahlah, itu dah taraf A, yang ni just B+.

Kalau ikutkan, jenis-jenis lauk ianya bolehlah dikategorikan banyak gak pilihan.

Masa pergi hari tu tak berapa ramai sangat, maybe sebelum lunch hour tapi bila aja keluar, ramai yang datang.

Ni le senarai harga. Apa-apa pun, kalau nak mencuba nasi padang, bolehlah datang sini ya. Boleh call 4108 2173 (berdasarkan papan tanda perniagaan).

9 comments:

eelobor said...

hah....nak kena gi terjah nih. dekat jer tuh

faiz said...

nasi padang...macam xpernah rase je..

ainhany said...

ooooo ...teringat pulak nasi padang kt kg baru.....
bolh tanya... nasi padang dan nasi minang ada beza tak?? ceciter...

TQ

daydeck86 said...

Nasi Padang ngan nasi minang sama jer
nasi padang kalau nak sedap pergi ke Restoran Ros kat area masjid kg baru
tak pun restoran Takana juo di Sentul

ondeh iyo urang awak disiko alah makan nasi padang yyo..... ahahahhaa

hazman aka species1980 said...

hurmm...tak penah cuba lagi nasi padang nie...kat area kajang tu banyak gak....mayb kena try gak la lepas nie

NuruL SyuhadaH said...

tmn mlwti? x taw pong ade kdai ni..(pdhal dok area situ jew)..T__T

maslinamansor said...

nasi padang yang selalu makan adalah kat kg baru, sedap and murah... :)

carBEAR said...

bole bgtau alamat lengkap atau landskap kat mana? wife dh ngidam nk mkn nasik padang

Sharinginfoz said...

carbear: boleh tengok alamat lengkap kat atas then guna google map