Pages

Sunday, June 19, 2011

Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Lubnan 19 Jun 2011

Malaysia vs Lubnan (23 Jun 2011)

Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Lubnan 19 Jun 2011
MALAYSIA 0-0 LUBNAN
  • Keputusan Malaysia 0-0 Lubnan setelah 2 minit masa tambahan tamat

  • 85": Tinggal 5 minit lagi sebelum permainan tamat dan keputusan masih Malaysia 0-0 Lubnan

  • 62": Penjaga gol Lubnan sekali lagi mempamerkan aksi yang cemerlang dengan mengeluarkan sepakan Wan Zack Haikal setelah umpanan oleh Gary Steven Robbat

  • 54": Wan Zack Haikal merembat laju ke pintu gol Lubnan tetapi sayangnya dapat ditumbuk keluar oleh penjaga gol, Malaysia menggandakan serangan bagi mendapat gol pertama

  • 51": Izzaq Faris gagal mengawal bola dengan baik setelah mendapat hantaran baik oleh Irfan Fazali akibatnya bola tertolak ke hadapan dan dikeluarkan oleh penjaga gol Lubnan

  • 46": Separuh masa kedua bermula

  • 45": Separuh masa pertama tamat dan Malaysia berjaya mengawal keadaan daripada dibolosi. Malaysia perlu bermain dengan lebih agresif dalam separuh masa kedua bagi mendapat advantage gol di tempat lawan

  • 35": Sudah 35 minit permainan, Lubnan kelihatan masih menguasai permainan dan banyak serangan-serangan yang dilakukan dan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi banyak menyelamatkan keadaan, masih belum ada gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan

  • 22": Hantaran cantik oleh Fandi gagal dimanfaatkan oleh Izzaq Faris sebaliknya bola melepasi palang. Kemungkinan besar silauan matahari menjejaskan permainan beliau

  • 11": Setelah 11 minit permainan, Malaysia semakin yakin dan rembatan Wan Zack Haikal terkena tiang

  • Setelah 5 minit perlawanan, pemain-pemain Malaysia masih gagal untuk memasuki bahagian Lubnan. Permainan dikuasai sepenuhnya oleh Lubnan

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia memakai jersi kuning manakala Lubnan berwarna merah. Waktu di Lubnan sekarang adalah 5.00 petang



Perlawanan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 di London akan berlansung malam ini, pukul 10.00 malam (waktu Malaysia), 19 Jun 2011 antara Malaysia vs Lubnan. Ianya akan berlangsung di Stadium Camille Chamoun, Beirut, Lubnan.

Perlawanan pusingan kedua @timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 23 Jun 2011.

By the way, ianya boleh ditonton secara live di Astro Arena channel 801 bermula pukul 9.45 malam. Di harap Malaysia akan membuat persembahan yang terbaik dan menjaringkan gol bagi mendapat kelebihan jaringan di tempat lawan.

Sama-samalah kita tunggu keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia vs Lubnan. Pemain-pemain Malaysia yang dijangka menjadi tarikan malam ini adalah penjaga gol (Khairul Fahmi), pertahanan (Mohd Muslim dan Mahali Jasuli), tengah (Mohd Irfan Fazali dan Wan Zack Haikal) dan penyerang (Izzaq Farris dan Ferris Danial)

4 comments:

eelobor said...

agak2 cam mana bro? menang kut 2-0

Geng Borak said...

3-1 jadik laa... heheh.. dapat jumpa tadi eh.. :)

thebotak's said...

sekali seri daaa

Zura Tahir said...

wow..seri..nape seri..:D