Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kutipan Filem KL Gangster Melebihi RM10 Juta Dalam 2 Minggu: Filem Terbaik Melayu Di Malaysia

Tahniah diucapkan kepada filem KL Gangster kerana buat kali pertama dalam sejarah filem Melayu mencatat kutipan melebihi RM10 juta. Filem yang ditayangkan bermula 2 minggu lepas, 9 Jun 2011 mencatat kutipan RM10.24 juta sehingga 22 Jun 2011 (sumber: FINAS).

Dengan hanya kos produksi sebanyak RM1.51 juta membuatkan ianya mendapat keuntungan yang sangat besar. Kutipan filem KL Gangster melebihi Kongsi (RM8.09 juta), Khurafat (RM8.08 juta) dan Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.50 juta).

Pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof dan pelakon-pelakonnya termasuk Ridzuan Hashim, Aaron Aziz dan Zizan sudah tentu tersenyum lebar dengan kejayaan ini.

Sinopsis cerita KL Gangster:

KL Gangster mengisahkan dua beradik yang terlibat dalam dunia gangster. Malek (Aaron Aziz) abang yang lebih tua meringkuk dalam penjara selama 5 tahun selepas dikhianati geng nya sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul), adik tiri kepada gangster paling berpengaruh di Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek yang menjalani kehidupan seperti biasa terpaksa masuk semula ke dunia gangster selepas adiknya Jai (Adi Putra) terpengaruh dengan gangster dan bekerja untuk Shark. (trailer: youtube)

Tahniah sekali lagi kepada filem KL Gangster yang mendapat kutipan melebihi RM10 juta.

15 comments:

velasrizal said...

kencang la dpt bonus tu nanti

NADIA RAJAMI said...

nk tgk la... :P

eelobor said...

tak berapa minat sangat citer2 arahan syamsul & ayah dia. berkisar perkara yang sama jer jalan citer

JMR said...

mmg xdpt dinafikan...tahniah skop P..

Ir. Jamal said...

Assalamualaikum semua..

Jom join SEO contest, pelbagai hadiah menarik menanti anda..Ada RM200,free hosting dan domain,topup dan macam-macam lagi..

entry terhangat...BUAT DUIT DENGAN BLOG

Anonymous said...

fiq dah tengok..lepas da tengok..memang dah agak mesti kutipan filem ni banyak..(:

Geng Borak said...

aku rasa pasni mesti ada sambungannya.. sebab endingnya. jai dapat larikan diri.. hehhe
Gambar Anak Happy

NUNU EERA said...

xsmpt nk g tgk lgi..:(

Ibu Aqmar said...

Wah tahniah3 semua yg terlibat dlm filem tu. teringat rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi... movie Malaysia selalu tunjuk cite2 yg kureng sihat n kureng berakhlak. camne nak membentuk akhlak generasi akan datang? huhu..

tunggu kat astro first..tu pun klau nak tgklah..hehe

Wan said...

tiket kt sini pn sold out. citer best.

Showdown 2011: Panic Terkeluar Top 4

*∽ IZAN ∽* said...

memang terBAEK. Bangga dengan filem2 & penonton Melayu sekarang. Lebih menghargai hasil ciptaan bangsa sendiri! double thumbs up!

My Little Diary said...

suka tgk citer ni... best!!!
adakah sebab gangster2 tu muka ensem...hehehe

hazman aka species1980 said...

bro....aku plan nak buat movie day out citer nie malam isnin nanti...nak join tak ?

Fikri Rais said...

belum ada masa lg nk p tgk.. Tapi InsyaAllah sampai gk wayang.. review kawan2 semua best ja..

Woot Woot !!! 2 BEs In A Row !!!

Sharinginfoz said...

hazman: menarik juga nanti aku e-mail