Pages

Wednesday, June 1, 2011

Harga Emas KFH Naik 0.7% Bulan Mei 2011

Bulan Mei menyaksikan pergerakan emas KFH agak mendatar di dalam jajaran sempit. Harga jualan untuk satu gram adalah di antara RM148.68 dan RM155.19. Pada bulan Mei ianya naik RM1.02 or 0.70%. Harga emas di pasaran dunia banyak dipengaruhi oleh kesan hutang di negera Eropah terutamanya Greece, nilai matawang USD dan juga penurunan komoditi lain i.e. perak yang jatuh 30% akibat peningkatan keperluan margin.

Pada tahun 2011 pula, harga jualan emas KFH telah naik RM11.17 atau 7.8% bagi tempoh Januari-Mei. Ianya sangat positif tetapi bagi tempoh 7 bulan akan datang, memang sukar diramalkan disebabkan banyak faktor yang bakal mempengaruhi pergerakannya.

Jom kita tengok keuntungan sebenar bagi yang membeli emas KFH awal tahun 2011. Setelah mengambil kira spread (perbezaan harga belian dan jualan), sehingga 31 Mei 2011, pembeli emas KFH mendapati nilai simpanan telah naik kepada 2.09% ataupun RM3.00 untuk satu gram.

Untuk mengetahui harga emas KFH harian, jom tengok SINI!!.

6 comments:

Matjoe said...

ada naik ada turun. in the long run boleh naik lebih

lagenda said...

alhamdulillah..ada jugak naiknya tu

faiz said...

okla tu...rase penghujung tahun blet naik hingga 15% sebab kalo tgk trend tahun2 lepas emas akan naik tinggi pada bulan 9 dan 10...

KiD said...

emas naik takpa.. jangan minyak naik... hehehee
Kesihatan Usus Anak Anda | IMMUNOFORTIS Terbaik!!!...

Noriz said...

hari ni harga emas sedunia makin turun kan... dan efek dgn harga minyak sekali gara2 Greece tu...

amirah said...

turun harga ke arini?