Pages

Monday, June 6, 2011

Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011

Keputusan Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011:
KELANTAN 3-0 TERENGGANU
(Gol kedua Kelantan: Matyo) (Gol ketiga Kelantan: Matyo)
  • Permainan tamat dengan Kelantan 3-0 Terengganu setelah Mohd Izuan menjaringan gol pembukaan dan Matyo menjaringkan dua gol lagi. Anyway bosan-bosan, jom terjah untuk internet laju melalui telefon

  • 92": Matyo menambah satu lagi koleksi gol peribadi menjadikan Kelantan 3-0 Terengganu, sah Matyo menjadi pemain terbaik untuk malam ini walaupun saya rasa penjaga gol Kelantan, Shahrizan juga bermain sangat cemerlang

  • 91": Shahrizan menepis keluar bola setelah pemain Terengganu merembat di hadapan pintu gol

  • 85": Izuan cedera akibat terjahan dari belakang oleh pemain Terengganu, tak ada kad kuning ke ref?

  • 83": Permainan terpaksa dihentikan akibat tiang bendera patah, memang kelakar betul!!!!

  • 79": Sepakan percuma Ismail Faruqi (Ter) di luar kotak penalti sedikit tersasar melepasi palang gol, apa-apa pun Shahrizan dapat membaca gerak-geri Ismail

  • 73": Matyo menambah satu gol untuk Kelantan setelah berlaku sedikit salah faham antara penjaga gol Terengganu dan pemain pertahanan, Mohd Muhaimim berlanggar sesama sendiri (Update: Selangor 7-1 Perlis). Matyo so far menjaringkan 15 gol sama dengan Abdul Hadi

  • 71": Update (Selangor 6-1 Perlis)

  • 67": Secara keseluruhan pada separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak bertahan memandangkan Terengganu bertali-arus menyerang

  • 60": Daudsu (Kel) dikenakan kad kuning akibat tackle dari belakang. Entahlah pengadil sama ada bersikap saksama atau tidak

  • 57": Izuan (Kel) dibawa keluar setelah dikasari oleh Ismail Faruqi. Sepatutunya perlu dilayangkan kad kuning!

  • 55": Sepakan penjuru oleh Badri terus ke Sarbinee

  • 53": Satu lagi sepakan pemain Terengganu yang diselamatkan oleh Shahrizan. Memang cukup bagus Shahrizan. Pemain-pemain pertahanan Kelantan perlu lebih peka dan jangan hanya mengharapkan penjaga gol. Pemain tengah Kelantan juga perlu bermain dengan lebih baik, jangan mudah hilang bola

  • 51": Sepakan Ahmad Nordin Alias yang cantik dapat ditepis cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan. Satu layangan badan yang baik

  • 50": Sayang sekali setelah Abdul Hadi gagal berbuat apa-apa setelah hantaran silang pemain Terengganu dan tiada pemain pertahanan Kelantan berada menjaga beliau

  • 47": Daudsu pula diusung keluar, memang permainan yang kasar malam ini. Memang Terengganu merasai kehilangan Ashaari yang mana beliau sangat rajin @pandai jaring gol dan juga memberi umpanan kepada pemain-pemain lain!!!

  • Separuh masa kedua bermula dengan Terengganu membuat sepakan mula dan sangat garang menyerang. Tiada sebarang pertukaran yang dilakukan

  • Permainan separuh masa pertama tamat setelah 3 minit masa tambahan berlalu. Kedudukan semasa Kelantan 1-0 Terengganu. Anyway bosan-bosan, jom terjah untuk internet laju melalui telefon

  • 43": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh Badri (Piya) sudah terlepas oleh penjaga gol Terengganu dan tandukan Matyo dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Terengganu, apa-apa pun langkah yang bijak oleh Matyo. Sepakan penjuru kedua Kelantan gagal dimanfaatkan

  • 40": Shahrizan menangkap kemas bola hantaran pemain Terengganu, so far penjaga gol kedua Kelantan bermain dengan cemerlang

  • 38": Norshahrul (Matyo) diberi rawatan di luar padang akibat kecederaan. Update (Selangor 5-0 Perlis dan Negeri Sembilan 3-0 T-Team)

  • 35": Sayang sekali larian solo Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri dan hantaran kepada Badri yang tidak berada dalam kedudukan offside gagal disempurnakan

  • 34": Shahrizan menyelamatkan kemas sepakan leret dari luar kotak penalti oleh pemain Terengganu

  • 33": Abdul Aziz, pemain pertahanan Kelantan diusung keluar akibat terjahan kuat oleh pemain Terengganu

  • Update: Selangor membelasah Perlis dengan 4-0

  • 23": Abdul Manaf (Terengganu) membuat sepakan cantik dari arah kiri tetapi dapat diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan

  • 22": Kad kuning kedua untuk malam ini dihadiahkan kepada kapten pasukan Terengganu, Mohd Mazuki setelah melakukan tackle yang keras ke atas Norshahrul Idlan

  • Sudah 20 minit permainan, Terengganu menggandakan serangan tetapi banyak kali berada dalam kedudukan offside

  • 12": Farisham (Kelantan) dilayangkan kad kuning akibat melontar bola setelah pengadil menghadiahkan sepakan percuma untuk Terengganu

  • 8": Kelantan mendapat gol pertama dengan jaringan Mohd Izuan setelah mendapat hantaran cantik hasil larian laju oleh Chanturu dari sebelah kanan pintu gol (Update: Selangor 1-0 Perlis, Negeri Sembilan 1-0 T-Team)

  • 4": Ismail Faruqi membuat sepakan percuma dan penjaga gol Kelantan menumbuk keluar. Kedua-dua pasukan membuat serangan bagi mendapatkan gol pertama. Permainan agak kasar @banyak menggunakan fizikal

  • Permainan baru sahaja dimulakan setelah pembantu pengadil berpuas hati dengan ikatan jaring. Terengganu memakai jersi putih manakala Kelantan dengan jersi merah

  • Permainan masih belum bermula disebabkan oleh jaring gol bahagian Kelantan koyak dan dalam tengah baiki




Previous Entry
Malam ini, 6 Jun 2011, perlawanan bola sepak Liga Super diteruskan bagi perlawanan yang ke-24 out of 26 sebelum juara liga diketahui. Sudah pasti perlawanan Liga Super yang menjadi tumpuan adalah di antara Kelantan vs Terengganu.

Jika kita lihat, Kelantan mendahului liga dengan 47 mata dan Terengganu berada di tempat ke-2 dengan mata yang sama dan perbezaan jaringan yang sama @26 gol tetapi Kelantan mempunyai kelebihan jaringan gol 46 berbanding Terengganu 45.

Jika kita lihat penjaring terbanyak so far ianya memihak kepada Abdul Hadi Yahya (Terengganu) dengan 15 gol manakala Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) pula dengan 14 gol. Dua lagi pemain Terengganu yang berada di carta 5 teratas adalah Abdul Manaf Mamat (11 gol) dan Mohd Ashaari (10 gol). Pemain kedua Kelantan adalah kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dengan 9 gol.

Perlawanan Kelantan vs Terengganu dijangka sangat sengit malam ini bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam ini yang juga disiarkan secara langsung di Astro Arena channel 801.

Penyerang Terengganu Ashaari tidak dapat diturunkan akibat menerima kad kuning yang ke-3 dan juga cedera manakala penjaga gol sensasi Kelantan @Kebangsaan, Khairul Fahmi tidak dapat diturunkan akibat bermain untuk skuad Olimpik. Ianya perlawanan persahabatan menentang Kemboja esok di Kemboja.

Perlawanan untuk malam ini:
  • Terengganu vs Kelantan
  • Selangor vs Perlis
  • Felda United vs Kedah
  • Negeri Sembilan vs T-Team
  • Johor FC vs Perak

3 comments:

Nik Zulkhairi said...

ada khabar angin mengatakan kelate nak let go game mlm ni utk fokus kepada final fa cup. ini disebabkan apek & ropy not available, even ise, subra & daudsu pun 50-50. tapi taktik ni tak harus dibuat, sbb takut yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran.

velasrizal said...

ni bayangan final piala fa la ni

anyss said...

Assalamualaikum,
Gomo kelate gomo!