Pages

Monday, June 27, 2011

Buku Untuk Kanak-Kanak: Siri Adam Kecil

Susah juga nak galakkan anak-anak membaca buku bagi menambah perbendaharaan kata. Maklumlah level Bahasa Melayu sekarang ni tinggi dan penguasaan yang baik diperlukan, so kitaorang perkenalkan buku cerita siri Adam Kecil kepada Danish.

Ianya pada harga RM12.50 satu dan di dalamnya ada 7 cerita pendek yang setiap satu terdiri daripada lebih kurang 20 muka surat. Terdapat juga ilustrasi bagi menarik minat anak-anak membaca.

"Siri ADAM KECIL ini mengandungi 7 cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Setiap cerita mempunyai pengajaran yang dapat dijadikan tauladan. Sesuai untuk bacaan seisi keluarga."

Bagi saya tak kisahlah buku apa nak bagi kat anak-anak, janji ianya boleh menarik minat mereka. Apa pandangan semua mengenai perkara ini dan boleh juga berkongsi mengenai buku-buku yang anak-anak you all baca.

By the way, siri Adam Kecil dikeluarkan oleh PTS.

12 comments:

ejaMaria said...

mmm... saya mmg suka buku... klu dgn anak2 pun saya dah pesan... beli buku takpe, beli jajan tak bole... hehehe kejam tak pesanan tu?... klu tak pesan gitu nnt mcm2 benda merapu diorg nak beli waktu pegi kedai... ;p

Geng Borak said...

aku rasa, diorang akan tertarik kepada gamabr2 dulu.. then baru minta nak baca.. so far, anak aku tak leh baca lagi.. hehehe
Malam Hujung Minggu di Bagan Lalang

hazman aka species1980 said...

PTS adalah company bumiputera yang banyak keluarkan novel dan buku cerita pelbagai genre....

velasrizal said...

eloklah didik anak start membaca dari kecik

~aSHa~ said...

danish sy masih merangkak2 baca....(5 tahun)

skrg ni mereka berdua suka mewarna.....jadi byk buku tuk warna2...

My Little Diary said...

anak kecik saya pemgumpul buku2 katun doreamon & conan....
tak kisah lah janji dia mahu membaca...

zati embong said...

dulu masa jat kecik2,jat suka gilerr bc buku cerita.hihi

amirah said...

kalau yang berkatun2 dan ada wrna2 menarik ni memang menarik..takpe, latihan untuk membca..kena beli buku byk2..

Fikri Rais said...

dalam keta, dalam bilik tido, kat bawah umah.. semua ada buku utk anak, kena terapkan dari kecik minat membaca nih.. even dia x paham, just tgk gambar je.. asalkan dia minat dan kasih dgn buku dah cukup.. :)


Kuala Lumpur Muay Thai Challenge 2011

babybugmum said...

kena carik yg kalerful kot bebudak baru suka.. :)

rasp said...

sapphire dah leh kenal simple2 sukukata cth : ubi, umi, mama etc..
agaknya coz dia gi tadika kot...
so i maintain dgn buku tadika dia...
balik umah wajib revision...
lupa plak siri apa...
nanti i check it out ya...
tapi interested plak i nak belikan siri buku nie for her...
thx for this info bro...

sahromnasrudin said...

yg penting dia minat membaca kan